Walaupun pihak barat sering mengatakan bahawa minyak kelapa dara ini tidak baik di ambil tetapi kajian telah membidas kenyataan tersebut dan telah mendapati bahawa minyak kelapa dara ini adalah antara minyak yang paling sihat.
Minyak Kelapa Dara ini banyak kegunaannya dari segi pemakanan mahupun jika disapukan pada kulit dan rambut.
Ianya banyak digunakan di dalam masakan kerana ianya mempunyai banyak khasiat yang baik untuk kesihatan kita.
Contohnya seperti, kita boleh gantikan santan dengan minyak kelapa dara dalam pembuatan nasi lemak. Pasti ada yang tertanya-tanya dan meragui adakah rasanya akan sama? Jawapannya ya. Malah, ianya berasa lebih berlemak, sedap dan lebih sihat berbanding dengan santan.
Kegunaan minyak kelapa dara dalam masakan mempunyai banyak kebaikan kerana khasiat yang terdapat didalamnya adalah baik untuk kesihatan jantung. Ini kerana minyak kelapa dara mempunyai elemen yang dapat membantu merendahkan tekanan darah.
75% daripada lemak di dalam minyak kelapa dara merupakan minyak mono tidak tepu. Ianya juga mampu untuk melindungi tubuh daripada radikal-radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan sel atau mendatangkan penyakit. Selain itu, inflamasi, kadar kolesterol, tahap gula dalam darah dan tekanan darah juga dapat dikawal dan dikurangkan dengan pengambilan minyak kelapa dara.
Akan tetapi, minyak kelapa dara tidak sesuai digunakan untuk kaedah memasak menggoreng. Ianya lebih sesuai untuk dibuat untuk menumis, mengukus atau dimasak dengan sayur-sayuran.
Jadi mari kita realisasi gaya hidup aafiyat dengan pengamalan minyak kelapa dara dari Olive House dengan mendapatkannya di www.aafiyatmall.com