Bulan puasa hampir tiba dan pasti ramai yang tidak sabar menunggu bulan yang mulia ini.
Di sini ada beberapa tips untuk mengurangkan rasa lapar sewaktu berpuasa:
Kurangkan mengambil makanan berkarbohidrat.
Ramai yang berpendapat jika mengambil makanan berkarbohidrat dengan banyak mampu untuk mengurangkan atau bertahan dengan rasa lapar. Benar, tetapi ianya hanya akan bertahan sementara waktu sahaja. Pengambilan karbohidrat yang secara berlebihan akan meningkatkan kadar gula dalam badan secara mendadak. Apabila gula meningkat secara mendadak, ianya juga akan menurun dengan cepat. Ini akan menjadikan tubuh anda berasa penat dan kurang bertenaga.
Lebihkan pengambilan serat.
Bagaimanakah serat dapat membantu dalam mengurangkan rasa lapar? Ini kerana makanan serat, mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menghadam dan mencernakan makanan. Ini akan memberikan rasa kenyang yang berpanjanngan.
Mengambil Makanan Berprotein.
Makanan seperti telur, ikan, ayam atau daging mampu untuk membantu menahan lapar dan mengurangkan rasa letih dan kekal berasa kenyang untuk jangka masa yang lama.
Mengamalkan Minyak Zaitun.
Kajian yang telah dilakukan di Technische Universitat Munchen (TUM) dan Universiti Vienna telah mendapati bahawa minyak zaitun dapat membantu untuk mengawal rasa kenyang dan mengelakkan diri daripada mengambil snek sewaktu lapar.
Peter Schieberle, ketua Penyelidik daripada TUM berkata bahawa minyak zaitun mempunyai kesan kenyang yang terbesar.
Dan penemuan ini juga menunjukkan bahawa seseorang boleh berasa kenyang dengan hanya aroma minyak zaitun.
Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang pada waktu sahur adalah penting jika ingin mengurangkan rasa lapar pada bulan puasa. Pengamalan minyak zaitun juga dapat membantu seseorang individu mengawal rasa kenyangnya.
Jadi marilah dapatkan Olivie Plus 30X daripada www.aafiyatmall.com dan realisasi gaya hidup aafiyat.