fbpx

OLIVE HOUSE MALAYSIA

5 Hadiah Terbaik untuk Ibu Bapa Pergi Haji – Paling Bermakna & Praktikal

Bila mak ayah dapat panggilan haji, hati kita sebagai anak memang terharu dan bangga. Tapi dalam masa yang sama, kita juga mula fikir: apa hadiah terbaik untuk ibu bapa pergi haji?

Bukan sekadar hadiah biasa. Tapi hadiah yang boleh bantu mereka beribadah dengan lebih selesa, mudah digunakan dan jadi kenangan sepanjang hayat.

hadiah terbaik untuk ibu bapa pergi haji


Kami senaraikan 5 hadiah terbaik untuk ibu bapa pergi haji – semua pilihan ni praktikal, sentimental dan confirm berguna semasa mereka menunaikan rukun Islam kelima.


1. Sejadah Travel – Ringan, Nipis & Selesa

Ini antara hadiah paling berguna. Sejadah travel atau sejadah mini ni direka khas untuk digunakan semasa dalam perjalanan.

-Ringan & senang lipat
-Muat masuk dalam beg sandang atau pouch
-Ada jenis kalis air dan beralas

Mak ayah boleh guna di lapangan terbang, dalam hotel atau semasa transit. Lebih mudah untuk jaga kebersihan dan lebih yakin bila nak solat di tempat awam.

Tip: Cari sejadah yang ada lapisan anti-slip supaya tak bergerak masa sujud. Lagi best kalau ada penanda arah kiblat sekali.


2. Kasut / Sandal Haji yang Selesa

Salah satu cabaran utama semasa haji adalah banyak berjalan dan berdiri lama. Sebab itu, kasut atau sandal yang selesa, tahan lasak dan ringan sangat penting.

Cari kasut atau sandal yang:

  • Tapak lembut dan menyerap hentakan
  • Tali mudah buka-pasang
  • Kalis air dan cepat kering
  • Tak terlalu berat atau panas

Kalau boleh, belikan dua pasang – satu untuk di masyair (Arafah, Muzdalifah & Mina), satu lagi untuk kegunaan harian seperti keluar masuk hotel dan ke masjid.

Percayalah, hadiah ni akan sangat dihargai. Kaki yang selesa = ibadah yang tenang.


3. Set Telekung Travel (atau Ihram untuk Ayah)

Untuk mak, satu set telekung travel yang ringkas, tak jarang dan mudah kering adalah hadiah yang sangat thoughtful.

-Ringan & senang dilipat
-Material sejuk dan tak panas
-Tak perlu gosok
-Ada beg khas sekali

Untuk ayah pula, boleh hadiahkan kain ihram yang berkualiti – tak berbulu, tak gatal dan mudah dibasuh. Kalau ada tali pinggang dengan poket tersembunyi untuk simpan duit atau kad penting, lagi bagus.

Ini bukan sekadar keperluan, tapi juga simbol kesucian dan kesediaan mereka sebagai tetamu Allah.


4. Pek Kesihatan: Minyak Zaitun Olivie, Madu atau Vitamin

Kesihatan kena jaga. Ibadah haji sangat memerlukan tenaga dan daya tahan fizikal. Hadiahkan satu pek kesihatan yang penuh dengan item penting seperti:

  • Minyak Zaitun Olivie Plus 30X – antioksidan tinggi, bantu kuatkan imun dan tenaga
  • Multivitamin harian atau Vitamin C
  • Minyak angin seperti Calm & Comfort dari Olive House untuk sapuan di sendi-sendi.
  • Madu untuk tekak kering atau batuk
  • Pelembap bibir & losyen untuk kulit kering
  • Hand sanitizer kecil

Kalau nak lebih personal, boleh susun dalam pouch khas dengan nama mak ayah. Simple, tapi sangat thoughtful.


5. Buku Panduan Haji Bergambar + Nota Ringkas

Ada mak ayah yang lebih visual. Jadi, buku panduan bergambar atau peta perjalanan haji sangat membantu.

Buku ni bantu mereka:

-Ulangkaji semula rukun & tertib haji
-Faham langkah demi langkah dengan ilustrasi
-Catat nota sendiri semasa kursus atau semasa di sana

Cari versi poket size – mudah dibawa ke mana-mana.
Kalau buku tu datang sekali dengan penanda warna, peta Makkah dan Madinah, atau ruang nota, lagi power!

Kalau pandai design, boleh juga compile sendiri nota bergambar untuk mak ayah. Cetak, ikat ring. Confirm mereka akan simpan sampai bila-bila.


Hadiah terbaik untuk ibu bapa pergi haji –
Bonus: Apa Lagi Boleh Diselitkan?

Kalau kau nak tambah “sentuhan anak”, boleh juga selitkan:

  • Surat tulisan tangan berisi doa dan pesanan
  • Gambar keluarga kecil yang boleh diselit dalam poket buku doa
  • Earplug atau penutup telinga untuk tidur di flight/hotel atau semasa di Mina.
  • Beg pinggang haji – khas untuk handphone dan duit

Baca juga : Atasi Masalah Cepat Letih semasa Haji bagi Warga Emas


Hadiah Tak Perlu Mahal, Asalkan Ikhlas & Bermanfaat

Haji bukan sekadar ibadah fizikal. Ia juga ibadah emosi dan rohani. Sebagai anak, kita mungkin tak mampu pergi sekali. Tapi kita mampu bantu mudahkan perjalanan mereka dengan hadiah yang praktikal dan penuh makna.

Hadiah terbaik untuk ibu bapa pergi haji bukan semestinya mahal. Tapi bila ia boleh bantu mereka lebih tenang, sihat dan bersedia – itu jauh lebih bermakna.

Semoga artikel ni beri idea buat kau yang tengah cari hadiah sempurna untuk mak ayah. Doa kita, semoga mereka dapat tunaikan ibadah dengan tenang dan pulang sebagai haji dan hajah yang mabrur. Aamiin.