Menunaikan ibadah haji atau umrah di Tanah Suci adalah impian ramai umat Islam. Tapi dalam keterujaan menjejak kaki ke Makkah dan Madinah, jangan abaikan satu perkara penting: kesihatan diri. Cuaca di Tanah Suci sangat berbeza dengan Malaysia. Panas terik yang boleh mencecah 40°C hingga 50°C boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan melampau, malah boleh bawa kepada komplikasi serius.
1. Fahami Cuaca Ekstrem di Tanah Suci
Tanah Suci, terutama Makkah adalah kawasan padang pasir. Iklimnya panas dan kering. Waktu siang boleh jadi sangat terik, manakala malam pula boleh jadi sejuk kering.
Kalau badan tak cukup air, dehidrasi boleh berlaku dengan cepat tanpa disedari. Bila dah dehidrasi, mulalah rasa pening, letih, lesu, bibir kering dan paling teruk, pengsan.
2. Minum Air Secukupnya – Tapi Jangan Tunggu Haus
Ramai yang silap, minum air hanya bila rasa haus. Sebenarnya, bila dah rasa haus, badan kita dah kekurangan air.
Tip mudah:
✔️ Minum sekurang-kurangnya 8-10 gelas air sehari
✔️ Bawa botol air ke mana sahaja – refill dari paip Zamzam
✔️ Elak minuman bergula atau berkafein waktu siang
✔️ Perhatikan warna air kencing – kalau kuning pekat, maksudnya badan kurang air
3. Pilih Makanan Berkhasiat & Ringan
Ibadah haji dan umrah perlukan tenaga. Tapi jangan pula makan terlalu berat hingga rasa mengantuk dan malas bergerak.
1. Sarapan pagi ringan tapi cukup nutrisi (seperti roti, buah, yogurt)
2. Elakkan makanan bergoreng atau berminyak waktu siang
3. Bawa bekalan seperti energy bar, kurma atau kekacang
4. Jangan lupa ambil suplemen jika perlu (tanya doktor dulu)
Makanan sihat bantu badan kekal bertenaga, fokus dan tak cepat penat.
4. Gunakan Pelindung Diri Daripada Panas
Berjalan di bawah terik matahari tanpa perlindungan adalah punca utama keletihan dan strok haba.
– Pakai topi, payung atau serban untuk lindung kepala
– Guna cermin mata hitam & losyen pelindung UV
– Pakai pakaian longgar, berwarna cerah dan menyerap peluh
– Elak aktiviti berat waktu tengah hari
Kalau terasa pening atau mual waktu panas, cari tempat teduh dan minum air segera.
5. Rehat Secukupnya Antara Aktiviti
Ramai jemaah terlalu fokus beribadah sampai lupa rehat. Tapi badan tetap perlukan masa untuk recharge.
🕓 Ambil masa rehat selepas solat berjemaah
🛏️ Tidur sekurang-kurangnya 6-7 jam setiap malam
🧘♀️ Duduk sebentar bila terasa letih – jangan paksa diri
📱 Bawa kerusi kecil atau alas duduk kecil untuk keselesaan
Jangan bimbang kurang pahala – menjaga kesihatan juga ibadah!

6. Waspada Tanda-Tanda Dehidrasi & Keletihan
Jangan ambil ringan bila tubuh mula bagi “hint”. Kalau alami tanda-tanda ini, ambil tindakan segera:
1. Mulut dan bibir sangat kering
2. Kepala pening, berpinar atau rasa nak pitam
3. Kulit kering atau tidak berpeluh walaupun panas
4. Jantung berdegup laju atau rasa cemas tanpa sebab
5. Otot mula kejang atau sakit kepala
Kalau tanda-tanda ini berlarutan, jumpa petugas kesihatan secepat mungkin.
7. Gunakan Produk Sokongan Kesihatan yang Sesuai
Kalau anda ada masalah kesihatan tertentu, bawa ubat yang cukup dan ikut arahan doktor. Selain itu, boleh juga bawa produk yang bantu tingkatkan tenaga dan kesegaran seperti:
– Minyak zaitun untuk tenaga & sokongan dalaman
– Supplemen seperti Tocotrienols dan multivitamin
– Minyak aromaterapai seperti Calm & Comfort dari Olive House untuk legakan sakit otot atau pening
Pastikan produk yang dibawa halal, sah dibawa masuk Arab Saudi dan sesuai dengan keperluan tubuh anda.
Baca juga : Ibadah Tak Terganggu: Tips Elak Sakit Sendi & Kurang bermaya di Tanah Suci
Jaga Diri, Ibadah Pun Lebih Sempurna
Kesihatan bukan sekadar fizikal – ia kunci utama untuk ibadah yang khusyuk dan sempurna. Bila badan sihat, tenaga cukup dan fikiran tenang, barulah kita dapat hayati pengalaman ibadah di Tanah Suci sepenuhnya.
Ingat, pencegahan lebih baik daripada rawatan. Jadi jangan tunggu sakit baru nak jaga kesihatan. Mulakan dari sekarang – cukup rehat, cukup air, cukup perlindungan.