Dalam dunia yang setiap hari dihujani trending topics, dari tarian TikTok hingga diet pelik selebriti di media sosial, satu perkara yang tiba-tiba naik menjadi trending dan kekal konsisten dalam perbualan kesihatan ialah minyak zaitun. Tapi, berbeza dengan trend semusim seperti “celery juice challenge” atau “butter coffee”, minyak zaitun bukan benda baru. Malah, ia bukan sekadar gaya hidup moden, tapi warisan kesihatan yang dibuktikan oleh agama, sejarah dan sains moden dan banyak jurnal yang memaparkan bahawa minyak zaitun terbukti berkesan apabila diamalkan secara konsisten.
Daripada sebutan dalam Al-Quran, amalan sunnah Nabi SAW, hingga kepada penemuan klinikal terkini — minyak zaitun adalah pelaburan kesihatan yang tak lapuk dek zaman. Dalam artikel ini, kita akan bongkarkan kenapa minyak zaitun patut ada dalam rutin harian anda – bukan sebab ia viral, tapi sebab ia valid.
1. Minyak Zaitun Dalam Al-Quran & Sunnah – Bukan Sekadar Superfood, Tapi Sunnah
Dalam surah At-Tin, Allah SWT bersumpah dengan buah tin dan zaitun. Bukan calang-calang buah yang menjadi “sumpah” dalam kitab suci:
“Demi Tin dan Zaitun…” (At-Tin: 1)
“…daripada pokok (zaitun) yang tumbuh di Bukit Sinai…” (Al-Mu’minun: 20)
Kalau ikut perspektif pop knowledge, ini ibarat endorsement daripada ‘level tertinggi’ – langsung dari Tuhan.
Nabi Muhammad SAW juga bersabda:
“Makanlah minyak zaitun dan sapulah dengannya, kerana ia dari pokok yang diberkati.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Maksudnya, ia bukan sekadar makanan harian – tetapi sunnah yang powerful. Ada spiritual, ada nutrisi. Dua dalam satu.
2. Kajian Klinikal 2024: Minyak Zaitun untuk Jantung dan Anti-Radang
Bukan cakap kosong, minyak zaitun juga mendapat pengiktirafan top-tier dari segi sains. Kajian dari Université de Sherbrooke, Kanada (2024) mengesahkan bahawa OLIVIE Plus 30x, sejenis minyak zaitun yang tinggi hydroxytyrosol, dapat:
- Mengurangkan risiko penyakit jantung
- Menurunkan tekanan darah dan kolesterol
- Mengurangkan keradangan dalam badan
EFSA (European Food Safety Authority) turut mengiktiraf minyak zaitun sebagai makanan yang kaya dengan polifenol – antioksidan semula jadi yang memberi kesan perlindungan kepada jantung dan sel tubuh.
So yes, minyak zaitun bukan sekadar sedap atau trendy – ia menyelamatkan jantung anda. Literally.
3. Rahsia Antioksidan: Hydroxytyrosol & Oleocanthal
Sebut saja antioksidan, ramai orang bayangkan buah beri mahal atau suplemen yang pelik-pelik. Tapi tahukah anda, minyak zaitun kaya dengan sebatian bioaktif seperti:
- Hydroxytyrosol: sangat kuat melindungi sel jantung, otak dan sistem imun
- Oleocanthal: bersifat anti-radang semula jadi – seakan kesan ibuprofen, tapi dari sumber asli
Menariknya, produk seperti OLIVIE Plus 30x mengandungi ±233mg/kg hydroxytyrosol, jauh lebih tinggi daripada EVOO biasa. That’s not just EVOO – itu beast mode olive oil.
4. Cara Sunnah Konsumsi Minyak Zaitun – Bukan Sekadar Untuk Salad
Salah faham paling biasa: ramai sangka minyak zaitun hanya untuk salad atau tumis spaghetti. Tapi dalam amalan Nabi SAW, minyak zaitun dimakan terus secara harian:
- 1 sudu pagi sebelum sarapan
- 1 sudu malam sebelum tidur
Ini bukan mitos. Kajian menyokong pengambilan minyak zaitun secara terus untuk penyerapan maksimum nutrien. Kalau anda tengah amal diet Mediterranean, Intermittent Fasting atau Keto – ini boleh boost hasil anda dengan cara yang simple dan sunnah-approved.
5. Flexible untuk Semua Gaya Hidup
Sama ada anda gym freak, mak-mak urban, pelajar universiti, atau executive 9-to-6 – minyak zaitun sesuai untuk semua gaya hidup:
- Menyokong kawalan berat badan
- Meningkatkan tenaga dan stamina
- Memelihara fungsi otak dan sistem pencernaan
Tak kisah anda peminat nasi lemak, pengikut ‘clean eating’, atau tengah mencuba #NoSugarChallenge – minyak zaitun boleh jadi senjata rahsia anda. Versatile macam ni, susah nak lawan.
6. Atlas Olive Oil – EVOO Premium dari Maghribi
Selain OLIVIE Plus 30x yang tinggi hydroxytyrosol, satu lagi jenama yang tengah naik daun ialah Atlas Olive Oil – produk EVOO premium dari Maghribi.
Atlas bukan sekadar cantik pada pembungkusan. Ia telah memenangi pelbagai anugerah antarabangsa kerana:
- Kandungan antioksidan yang tinggi
- Profil rasa premium (sesuai untuk peminat ‘gourmet lifestyle’)
- Proses cold-pressed dari ladang di kaki gunung Atlas
Atlas EVOO sesuai untuk:
- Diet Mediterranean dan Keto
- Tumisan rendah suhu, celupan roti, atau dimakan terus
- Mereka yang ingin elak minyak sawit & minyak masak proses
Kalau anda suka gaya hidup sihat ala Pinterest atau lifestyle vloggers – inilah olive oil aesthetic yang juga kaya manfaat.
7. Pilihan Viral yang Ada Nilai Abadi
Kita tahu, sesuatu yang viral itu cepat naik, cepat juga dilupakan. Tapi minyak zaitun kekal relevan sepanjang zaman kerana ia:
- Makanan Quranik
- Sunnah Nabi Muhammad SAW
- Diterima dan terbukti secara saintifik
Sama ada anda baru nak bermula dengan satu sudu sehari atau dah lama amal gaya hidup sihat, minyak zaitun yang berkualiti tinggi seperti OLIVIE Plus 30X atau Atlas EVOO boleh menjadi sebahagian dari rutin harian anda.
Sunnah, Sains & Self-Care
Dalam dunia yang penuh gimmick, kita perlukan sesuatu yang real dan terbukti. Minyak zaitun bukan sekadar trend TikTok. Ia makanan sunnah yang disokong sains moden.
Kalau anda serius nak jaga kesihatan – untuk jantung, otak, dan keseluruhan tubuh – inilah masa untuk ubah rutin. Tambahkan satu sudu minyak zaitun dalam hidup anda, dan nikmati perubahan perlahan-lahan, tetapi signifikan.