
Dalam ibadah haji, terdapat beberapa istilah penting yang sering disebut seperti Hari Tarwiyah, Hari Arafah, Wukuf dan Mabit. Memahami istilah ini membantu jemaah lebih jelas tentang perjalanan haji, waktu-waktu penting serta amalan yang perlu diberi perhatian sepanjang berada di Tanah Suci.
HARI TARWIYAH (8 Zulhijjah)
Hari di mana jemaah haji bergerak ke Mina dan bermalam di sana.
Dahulu, jemaah akan sediakan bekalan air sebelum ke Arafah
Juga dikaitkan dengan peristiwa Nabi Ibrahim AS menerima perintah untuk mengorbankan Nabi Ismail AS
HARI ARAFAH (9 Zulhijjah)
Hari paling penting dalam ibadah haji.
Semua jemaah akan berkumpul di Padang Arafah
Antara waktu doa paling mustajab
Digalakkan banyakkan doa, zikir & istighfar
WUKUF DI ARAFAH
Rukun haji yang paling utama.
Waktu: Zohor 9 Zulhijjah hingga Subuh 10 Zulhijjah
Walaupun sekejap dalam waktu itu, tetap dikira sah
Terlepas wukuf = haji tidak sah
MABIT
Bermalam di dua tempat:
– Muzdalifah (selepas Arafah)
– Mina (hari Tasyrik)
Wajib dilakukan (jika tinggal, perlu bayar dam)
Untuk bacaan lanjut, boleh layari https://olivehouse.my/istilah-penting-berkaitan…/
Haji bukan sekadar perjalanan. Ia ujian stamina, fokus, sabar dan ketahanan diri.
Bila badan mula penat, ibadah pun terasa berat. Sebab tu penting jaga kesihatan dari awal.
Amalkan gaya hidup dan pemakanan sihat, terutamanya makanan yang disebut dalam Al-Quran seperti minyak zaitun, madu, delima dan sebagainya di https://olivehouse.my/senarai-produk/
Semoga setiap langkah dipermudahkan dan setiap ibadah lebih khusyuk & bertenaga.
Hidup Aafiyat, Ibadah Nikmat.
#AafiyatMenujuBaitullah #olivehousemalaysia