fbpx

OLIVE HOUSE MALAYSIA

Olive House: Penaja Salam Baitullah bagi Tahun ke-6 Berturut-turut

Bila kita sebut tentang ibadah haji, dua perkara yang selalu jadi fokus: persiapan rohani dan persediaan fizikal. Dua-dua penting, sebab ibadah ni bukan sekadar perjalanan spiritual, tapi juga memerlukan tenaga, ketahanan dan tubuh yang sihat.

Dan dalam bab ni, satu jenama yang dah lama berdiri sebagai pendokong kuat untuk matlamat ini ialah Olive House. Tahun 2025 ini, Olive House sekali lagi mengekalkan peranannya sebagai penaja utama program Salam Baitullah oleh RTM, buat tahun ke-6 berturut-turut.

Bukan setakat penajaan biasa, tapi penajaan yang selari dengan visi kesihatan menyeluruh dan nilai spiritual umat Islam di Malaysia.


Komitmen Berterusan Olive House

Enam tahun berturut-turut bukan satu angka kecil. Ia melambangkan komitmen jangka panjang Olive House untuk terus menyokong program-program yang selari dengan keperluan spiritual dan kesihatan masyarakat di Malaysia.

Sebagai jenama yang membawa misi pemakanan sihat dan Aafiyat, penajaan ini membuktikan bahawa Olive House bukan sekadar menjual produk kesihatan, tapi benar-benar memahami keperluan masyarakat di Malaysia – khususnya dalam momen penting seperti menunaikan haji.


2 Tahun Sebagai Sahabat Korporat Tabung Haji

Lebih dari itu, Olive House juga telah berperanan sebagai Sahabat Korporat Tabung Haji selama dua tahun berturut-turut. Ini bukan sekadar status. Ia adalah satu langkah strategik yang mengukuhkan lagi kedudukan Olive House sebagai rakan setia kepada jemaah haji.

Bersama Tabung Haji, Olive House membantu menyediakan info, kesedaran kesihatan dan sokongan fizikal & mental untuk bakal jemaah. Ini termasuk:

  • Program kesihatan dan pemakanan sebelum berangkat
  • Panduan penjagaan pemakanan untuk kekal sihat dan bertenaga di Tanah suci
  • Produk nutrisi yang bantu tingkatkan imunisasi & tenaga sepanjang musim haji

Dengan pengalaman ini, Olive House bukan lagi asing dalam komuniti jemaah Haji. Ia dikenali sebagai rakan kesihatan yang dipercayai.


Kempen Aafiyat Menuju Baitullah

Bermula 24 Mei 2024, Olive House melancarkan Kempen Aafiyat Menuju Baitullah, khas untuk menyokong kesihatan dan persiapan jemaah haji serta rakyat Malaysia yang ingin menyambut Aidil Adha dengan lebih sihat.

Apa yang menarik?

Promosi istimewa untuk produk pilihan kesihatan
Set hadiah kesihatan untuk ibu bapa yang bakal menunaikan haji dan sambut Aidil Adha
Kandungan bermanfaat di media sosial tentang penjagaan tubuh dan tenaga ketika di Tanah Suci

Kempen ini juga menekankan konsep “Aafiyat” – iaitu kesihatan secara holistik, bukan sekadar fizikal, tapi juga emosi dan spiritual.

Olive House penaja Salam Baitullah

Sasaran Utama Kempen Aafiyat Menuju Baitullah

Untuk kempen ini, Olive House menyasarkan beberapa kumpulan utama:

1. Jemaah Haji yang ada NCD yang prihatin tentang penjagaan kesihatan

Ini termasuk warga emas dan pesakit kronik seperti diabetes, darah tinggi atau kolesterol. Mereka perlukan sokongan nutrisi khas untuk kekal bertenaga dan tidak mudah jatuh sakit ketika musim haji.

2. Anak-anak yang peduli tentang kesihatan & nak Hadiahkan Sesuatu untuk Ibu Bapa Pergi Haji

Golongan ini ramai yang mula sedar tentang kepentingan hadiah yang bermanfaat. Daripada beri cenderamata biasa, lebih baik beri set kesihatan Olive House yang benar-benar membantu mak ayah beribadah dengan selesa.

3. Individu yang Sedang Menunggu Giliran Haji

Ramai dalam waiting list yang sudah mula buat persiapan. Mereka ini golongan celik kesihatan yang tahu pentingnya mula jaga badan dari sekarang, supaya bila tiba masa, mereka dah sedia sepenuhnya.

4. Golongan Prihatin Kesihatan Sempena Aidil Adha

Walaupun tak menunaikan haji, ramai rakyat Malaysia nak sambut Aidil Adha dengan lebih sihat – dari segi pemakanan, gaya hidup dan pengambilan nutrisi.


Produk Ikonik: Olivie Plus 30X

Salah satu produk paling laris sepanjang kempen ini ialah Olivie Plus 30X – minyak zaitun dari pokok yang tumbuh di tanah berbatu dan kering di Morocco.

Kenapa istimewa?

  • 30 kali ganda antioksidan berbanding minyak zaitun biasa
  • Kaya dengan polifenol yang bantu kuatkan sistem imun
  • Sesuai untuk jemaah yang nak kekal bertenaga, lawan keradangan & elak cepat letih
  • Mudah diambil – hanya sesudu setiap pagi

Olivie Plus 30X sangat sesuai sebagai bekalan kesihatan untuk ke Tanah Suci atau sebagai hadiah bermakna untuk ibu bapa yang bakal menunaikan haji.

Baca juga : 7 Kesilapan Biasa yang Sering Dilakukan Jemaah Haji Sebelum Berangkat ke Tanah Suci


Penajaan dengan Nilai & Visi

Menjadi penaja utama Salam Baitullah untuk tahun ke-6 menunjukkan bahawa Olive House bukan jenama biasa. Ia adalah jenama yang konsisten menyokong gaya hidup sihat umat Islam, bukan secara bermusim, tapi sepanjang tahun.

Daripada penajaan, kerjasama dengan Tabung Haji, hinggalah ke kempen kesihatan Aafiyat Menuju Baitullah, semuanya menunjukkan satu perkara:

Olive House berdiri teguh sebagai rakan kesihatan yang memahami keperluan fizikal dan rohani masyarakat Muslim, terutamanya ketika detik penting seperti musim haji.


Bersama kita menyokong kempen Aafiyat Menuju Baitullah
Kunjungi outlet Ejen Olive House berhampiran anda atau layari www.olivehousemall.com untuk dapatkan promosi ekslusif Aafiyat Menuju Baitullah yang merupakan set penjagaan kesihatan jemaah Haji yang eksklusif.

Jangan tunggu saat akhir – mulakan langkah sihat menuju Baitullah dari sekarang!