fbpx

OLIVE HOUSE MALAYSIA

Tips Sepanjang Penerbangan ke Tanah Suci

Perjalanan ke Tanah Suci, sama ada untuk haji atau umrah, bukan macam naik bas dari kampung ke bandar. Ia boleh ambil masa lebih 8 hingga 12 jam (atau lebih, kalau transit). Bila badan dah tak sekuat dulu, jemaah — terutamanya warga emas — perlu tahu cara untuk kekal selesa dan bertenaga sepanjang penerbangan.

Sebab tu artikel ni penting. Bukan untuk menakutkan, tapi untuk persediaan fizikal dan mental. Kita nak ibadah di sana tenang, bukan terganggu sebab badan letih atau pening.

Jom hadam satu-satu — ini 13 tips sepanjang penerbangan ke Tanah Suci yang praktikal dan mudah diikut.


1. Pilih Tempat Duduk yang Strategik – Bahagian Tengah Kapal

Kalau boleh, masa check-in, minta seat bahagian tengah (area selari dengan sayap).. Bukan apa, bahagian ni paling stabil bila kapal terbang bergoyang.
Gegaran kurang, jadi kepala pun kurang pening. Kalau daftar masuk awal, peluang dapat seat tengah lebih tinggi. Mungkin boleh juga maklum awal pada staf Tabung Haji waktu lapor diri.


2. Pakai Stokin Ketat atau Stokin Tebal

Flight lama = darah lambat mengalir.
Sebab tu mak ayah mudah rasa kebas atau bengkak kaki.

Pakai compression socks atau stokin tebal. Selain itu, boleh juga gerakkan jari kaki, angkat tumit dan pusing buku lali setiap 20 minit. Ini bantu lancarkan peredaran darah semasa penerbangan.


3. Bawa Minyak Angin

Kalau duduk sebelah orang yang bau badan atau makanan yang “kurang mesra hidung”, boleh loya terus.
Sapu minyak angin di bawah hidung. Boleh dapatkan minyak Calm & Comfort dari Olive House yang sangat mudah dibawa di dalam flight. Jangan berlebihan — nanti pening sebab bau kuat sangat pula.


4. Minum Air Kosong Kerap

Udara dalam flight sangat kering. Tekak cepat perit, bibir mudah pecah.

Jangan malu nak minta air kosong banyak kali. Minum sikit-sikit tapi kerap. Elak dehidrasi, elak rasa lesu dan mudah penat.


5. Tekan Titik “Akupresur” Kalau Pening

Kalau mula rasa pening atau mual, cuba teknik ini:

➡️ Tekan bahagian pergelangan tangan (tempat urat timbul).
➡️ Tekan 10 saat, lepas. Ulang 3 kali.

Ramai kata teknik ni lebih berkesan dari ubat tahan muntah. Cubalah!


6. Jangan Tidur Terus Lepas Makan

Lepas makan, jangan terus tidur. Tunggu 30–45 minit dulu bagi perut hadam makanan. Kalau tidak, perut akan rasa berangin, dan mungkin mual sepanjang penerbangan.


7. Letak Tali Pinggang Atas Selimut

Ini trick kecil tapi sangat berguna. Bila pramugari datang check tali pinggang, mereka takkan kejutkan kalau nampak tali tu atas selimut.
Mak ayah boleh sambung tidur tanpa gangguan.


8. Barang Penting Kena Sentiasa Dalam Jangkauan

Ubat, inhaler, tisu basah — simpan semua dalam beg kecil dan letak di compartment kerusi hadapan
Jangan letak kat tempat simpan atas kepala. Nanti susah nak capai kalau badan dah penat atau tengah tidur.


9. Lap Meja Lipat & Tombol Kerusi

Meja lipat tu kadang orang guna letak makanan, letak tisu, batuk, bersin — tapi tak lap pun.

Lap dulu guna wet wipes.
Langkah kecil, tapi boleh elak virus dan bakteria. Lebih-lebih lagi untuk jemaah yang mudah jatuh sakit.


10. Jangan Segan Nak Minta Tolong

Kalau rasa sejuk, lapar, pening — jangan tahan.
Cakap saja elok-elok:
“Nak minta selimut.”
“Boleh saya minta air suam?”

Pramugari memang dilatih untuk bantu penumpang. Jangan rasa segan.


11. Kurangkan Minuman Berkafein

Teh dan kopi memang sedap. Tapi dalam flight, minuman ni akan buat kita lebih kerap buang air kecil. Toilet pula jauh dan kadang penuh.
Lagi stres nanti. Jadi sebaiknya, elak atau hadkan kafein sebelum dan semasa penerbangan.


12. Tanggalkan Kasut dalam Flight

Sebab di udara, kaki kita mengembang sikit. Kasut mula rasa ketat dan tak selesa. Boleh tanggalkan kasut dan pakai stokin tebal. Pastikan stokin bersih dan kaki tak berbau ya!


13. Atasi Tekanan Telinga dengan Mudah

Kalau anda jenis yang telinga mudah “tersumbat” bila kapal terbang naik atau mendarat:

  • Gunakan Oxynase nasal spray 30 minit sebelum berlepas dan sebelum mendarat.
  • Boleh juga hisap gula-gula Hacks atau kunyah gula-gula getah masa flight naik dan turun.

Tekanan telinga akan lebih stabil dan rasa kurang menyakitkan.


Badan Tak Muda, Tapi Kita Ada Ilmu

Ramai mak ayah rasa mereka dah biasa naik kapal. Tapi ingat — badan kita dah tak sama macam dulu.

Perjalanan ke Tanah Suci bukan biasa-biasa. Ia panjang, padat dan penuh cabaran. Tapi bila kita jaga tubuh dengan ilmu, insyaAllah perjalanan jadi lebih lancar dan ibadah pun lebih khusyuk.

Semoga tips-tips ni bantu anda atau ahli keluarga kekal selesa, tenang dan selamat sepanjang penerbangan.


Jangan lupa kongsikan artikel ini pada grup WhatsApp jemaah atau saudara yang bakal ke haji atau umrah. Moga bermanfaat dan jadi sebab mereka lebih bersedia!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *