Rakyat Malaysia memang tidak asing lagi dengan nama minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara adalah minyak yang diperbuat daripada kelapa segar yang tidak menggunakan haba. Memang sudah sejak azali lagi, minyak kelapa dara ini digunakan kerana ianya memberikan kesan yang positif kepada Kesihatan tubuh badan dan juga kepada kecantikan.
Banyak manfaat yang boleh diperolehi daripada pengamalan minyak kelapa dara ini terutamanya kepada para ibu mengandung.
1. Membantu menghilangkan stretch mark
Tanda-tanda kerengangan di bahagian perut adalah salah satu tanda yang kehamilan boleh tinggalkan.Ianya berlaku kerana kerenggangan kulit dan otot unuk menampung bayi dalam perut yang semakin meningkat.
Penggunaan minyak kelapa dara dengan menyapukannya dibahagian stretch mark boleh membantu untuk mencegahkan atau menghilangkan stretch mark tersebut.
2. Melembapkan kulit kepala
Salah satu masalah yang dihadapi oleh wanita sewaktu kehamilan adalah masalah kulit kepala kering. Masalah ini dapat diatasi dengan mudah jika minyak kelapa dara ini disapukan sedikit pada kulit kepala dan dibiarkannya semalaman.
Kemudian, basuhnya dengan air suam pada keesokkan harinya.
3. Mengelakkan morning sickness
Ada ibu mengandung yang mungkin akan alami morning sickness, pedih ulu hati ataupun sembelit. Minyak kelapa dara mampu untuk mengurangkan kadar ‘acid reflux’ dan menenangkan perut anda.
4. Anti kulat, antibakteria dan anti virus
Asid caprillic dan asid lauric yang terdapat di dalam minyak kelapa dara bertindak sebagai antivirus dan antibakteria. Saluran gastrous juga dapat dibersihkan dengan baik dengan minyak kelapa dara yang organik.
Terdapat banyak lagi manfaat yang memberi kesan yang positif terhadap tubuh badan terutamanya untuk ibu-ibu yang hamil.
Jadi mari beli yang ori dan makan yang kualiti dengan Minyak Kelapa Dara daripada Olive House di www.aafiyatmall.com.