fbpx

Minyak Kelapa Dara Sahabat Ibu Mengandung

Minyak Kelapa Dara semakin hari, semakin dilupakan oleh masyarakat kerana ramai yang salah faham bahawa minyak kelapa dara ini tidak baik untuk kesihatan.

Pada hakikatnya, minyak kelapa dara ini penuh dengan manfaat kesihatan, malah ianya adalah pilihan terbaik bagi ibu mengandung.

Minyak Kelapa Dara ini adalah minyak yang paling sihat di dunia.

Ibu-ibu hamil amat digalakkan untuk mengamalkan minyak kelapa dara ini untuk kesihatan sendiri dan bayi dalam kandungan. Ianya membuatkan proses kelahiran bayi menjadi lebih mudah. Walau bagaimanapun, ianya tidak bermakna bahawa ibu hamil akan bebas daripada jahitan seratus peratus menurut Dr. Siti Esah Bahari, Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G), KPJ Selangor.

Antara manfaat Minyak Kelapa Dara untuk ibu mengandung adalah:

  1. Ianya dapat membantu untuk meningkatkan kolagen, melembutkan dan mengembalikan keanjalan kulit.
  2. Mampu untuk mengurangkan stretch marks pada kulit ibu hamil.
  3. Mengandungi vitamin yang lebih tinggi dan antioksidan yang tidak ada pada minyak kelapa biasa.
  4. Minyak kelapa dara adalah antivirus, anti-yis, anti-fungi dan juga anti-bakteria kerana kandungan Asid Laurik yang ada didalamnya.
  5. Asid Laurik juga mampu membantu untuk meningkatkan kualiti susu ibu agar bayi menjadi lebih sihat semasa dan selepas kehamilan

Banyak sel darah merah yang dihasilkan oleh badan sewaktu hamil untuk membantu perkembangan bayi. Ibu hamil dan bayi akan terdedah kepada beberapa risiko kesihatan akibat kekurangan hemoglobin yang boleh memnyebabkan kekurangan kandungan oksigen.
Antara risiko yang boleh dihadapi oleh ibu hamil dan bayi adalah masalah keguguran, letih, lesu, atau bayi terbantut.

Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan kandungan zat besi, mineral dan vitamin mampu untuk meningkatkan HB secara semulajadi.

Begitu banyak manfaat untuk ibu hamil dengan pengamalan minyak kelapa dara dari aspek kesihatan. Bukan hanya kepada ibu, malahan ianya memberi kesan yang positif juga kepada bayi.

Mari amalkan gaya hidup aafiyatmewell dengan pengambilan minyak kelapa dara daripada Olive House di www.aafiyatmall.com.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *