Memang best dapat travel, tapi yang tak ‘best’nya bila tak tahu nak makan apa, makan dekat mana. Tak perlu tunggu travel, kadang-kadang nak makan ‘lunch’ pun tak ada ‘idea’.
Tapi jangan risau, sebenarnya senang sahaja kalau nak cari makan waktu tengah travel. Ini ada beberapa tips yang boleh diikuti.
Survey Tempat Makan
Antara salah satu persiapan yang penting adalah survey tempat makan. Internet berada di hujung jari sahaja sekarang. Dengan beberapa klik sahaja, pelbagai jenis tempat makan yang menarik akan muncul.
Bagi yang “travel” ke luar negara, pilihan tempat makan berkemungkin terhad terutamanya bagi mereka yang muslim jadi persiapan lebih awal adalah digalakkan untuk pengalaman melancong atau travel yang lancer.
Sarapan Buffet di Hotel
Kebanyakan hotel akan menyediakan buffet sarapan. Ini dapat memudahkan jadual travel dan menjimatkan masa. Sebelum mengambil makanan, adalah digalakkan untuk memantau buffet sarapan supaya anda boleh mengambil makanan secara terancang and bukanlah secara rambang sehingga berlaku pembaziran.
Bawa bekal dari rumah
Membawa bekal dari rumah adalah suatu penjimatan kos dan ianya semestinya terjamin kebersihannya. Ianya mudah untuk disediakan jika ada menyewa homestay dimana anda sendiri boleh menyediakan bekalan anda. Bagi mereka yang melancong ke luar negara juga boleh mengambil tips ini tetapi anda dinasihatkan untuk menyamak pinggan mangkuk dan juga kuali yang hendak digunakan bagi orang muslim.
Bawa Extra Virgin Olive Oil Spray
Lagi satu cara mudah untuk makan waktu travel adalah dengan membawa Extra Virgin Olive Oil Spray. Ianya mudah, ‘travel friendly’ dan sihat, sesuai untuk dijadikan sebagai ‘drizzle’ atas makanan. Bukan sahaha dapat melancong dan travel dengan mudah, malahan pemakanan juga sihat dan terjaga kerana ianya kaya dengan vitamin E.
Melancong, melancong juga tetapi, gaya hidup sihat dengan aafiyatmewell jangan dilupakan! Dapatkan Extra Virgin Olive Oil Spray yang organik di www.aafiyatmall.com.