fbpx

Cara Mudah untuk Ketahui Madu Asli atau Palsu

Masih ramai lagi yang tidak mengetahui bahawa lebih kurang 90% madu di pasaran adalah palsu. Mereka tidak dapat mengenalpasti yang mana satukah madu asli dan mana pula yang palsu.

Ada yang mengatakan bahawa untuk mengetahui sesuatu madu itu asli atau tidak adalah dengan memerhatikan jika semut mengerumuninya. Ada juga yang mencadangkan untuk meletakkan madu tersebut kedalam peti sejuk untuk melihat jika madu itu beku atau tidak.

Betulkah?

Sebenarnya, ini semua mitos. Telah ramai pakar yang mengemukakan kaji selidik secara saintifik untuk membidas penyataan-penyataan ini.

Semut tetap akan mengerumuni madu asli kerana seperti manusia juga, semut memerlukan karbohidrat dan sumber protein. Cumanya dalam bentuk gula. Madu adalah sumber karbohidrat dan protein yang ideal untuk semut-semut ini.

Terdapat kandungan frukosa dan sukrosa, iaitu gula semulajadi yang sememangnya datang daripada madu tersebut. Disebabkan oleh kandungan kepekatan gula yang tinggi dan kandungan air dalam madu yang rendah ini juga menyebabkan madu boleh membeku dalam peti sejuk. Tambahan pula, protein yang ada di dalam madu dan amino asid yang bertindak sebagai agen antibeku yang menghalang daripada struktur dan tekstur madu ini rosak akibat pembentukan hablur ais besar.

  • Madu asli tidak akan bersemut
  • Tekstur sarang lebah akan kelihatan setelah madu dicampur dengan air di dalam piring.
  • Madu tidak mempunyai tarikh luput.

Ini adalah antara-antara mitos yang sering didengari mengenai madu.

Antara cara yang paling mudah untuk mengenalpasti jika madu itu asli ataupun tidak adalah dengan melalui ‘lab test’ ataupun “ujikaji makmal” serta produk madu itu “PASTI” mempunyai logo Pensijilan AUTENTIK daripada KKM, Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagi produk-produk yang mempunyai Pensijilan AUTENTIK yang bermaksud ianya dijamin ASLI dan berjaya mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh KKM.

Contohnya seperti Madu dari Pergunungan Kyrgyzstan keluaran Olive House yang sememangnya mempunya sijil AUTENTIK.

Jadi, marilah kita beli yang ori dan makan yang kualiti supaya kita mampu sihat dengan aafiyatmewell!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *