fbpx
Minyak Zaitun asli

Dilema Peniaga ‘Buah Durian’ Analogi Perumpamaan

Raja buah siapa saja yang tak kenal kalau bukan buah durian. Pertumbuhan dan permintaan terhadap buah durian sangatlah luar biasa sehinggakan industri durian mampu menjadi penyumbang kepada ekonomi negara kita.
Namun, itu semua adalah umpama pelangi yang indah mewarnai kehidupan. Kita jangan lupa akan guruh yang berdentum dan kilat yang juga saling menyabung. Itulah nukilan atau gambaran tentang onak duri dalam industri durian.
Hari ini, ada satu kisah menarik untuk dikongsikan kepada seantero masyarakat di Malaysia. Kisah ini berkisar tentang dilema peniaga Buah Durian Musang King.

BAU BUSUK TIDAK BERBANGKAI
Kisah ini, mungkin dianggap bagi sesetengah pihak ianya tidak logik ataupun seperti “bau busuk tidak berbangkai” yang membawa maksud sesuatu yang tidak benar. Walhal, ianya sedang berlaku di dunia yang nyata ini.

Sebagai pembuka kata dan pemanis bicara, kisahnya bermula apabila kewujudan peniaga buah durian pada masa kini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Implikasinya, ianya telah mewujudkan persaingan hebat dalam industri buah durian dan ianya satu perkembangan yang sangat bagus.

Sehingga bermula munculnya satu peniaga baru yang menjual buah durian bersebelahan peniaga buah durian Musang King. Walau timbul persaingan, peniaga Musang King dengan acuh tak acuh tetap meneruskan perniagaannya seperti biasa kerana rezeki tidak pernah salah alamat dan semuanya sudah tertulis. Dalam arti kata yang mudah “rezeki masing-masing”. Dia juga beranggapan bahawa bila kewujudan (visibility) semakin meningkat dek kerana ramai orang yang menjual buah durian, keinginan masyarakat nak membeli buah durian juga akan meningkat.

Hari demi hari, waktu demi waktu, perniagaan Buah Durian Musang King makin maju dan ramai pelanggan yang singgah. Perasaan hasad dan dengki kini telah muncul dalam sanubari peniaga buah durian yang baru tersebut. Yang menjadi kemusykilan dan seribu satu persoalan adalah “kenapa ramai orang singgah kedai Musang King itu dan mengapa ia ‘top selling’?

Bermula saat itu, perancangan ‘nakal’ sudah mula disusun dari A hingga ke Z dek kerana hasad dengki apabila melihat Durian Musang King semakin popular dan dikatakan juga durian tersebut mempunyai gred yang lebih tinggi. Peniaga baru tersebut hanyalah sekadar menjual durian yang biasa tapi demi nak tarik pelanggan ke kedainya, acap kali meniti di bibir peniaga tersebut adalah duriannya “durian asli” berbanding yang lain. 

Tidak habis dengan itu sahaja, keadaan menjadi seakan beduk telah berbunyi, strategi licik peniaga baru tersebut semakin menjadi-jadi apabila dia mula untuk memacak ‘speaker’ yang besar dan mengatakan bahawa durian di sebelah adalah “PALSU”. Bagaikan sayur kurang garam, sudahlah mengatakan durian Musang King di kedai sebelah palsu, ditambah pula tomahan sekadar level “TEMPOYAK”.
Dan ditaburlah fitnah demi fitnah…

Yang musykilnya adalah, muncul secara tiba-tiba cerita keperluan untuk mempamerkan sijil analisis keaslian durian pada tatapan umum. Jikalau begitu, buah-buahan lain seperti buah naga, buah kelapa, buah sawit, epal, anggur, dan delima pun turut kena mempamerkan sijil keaslian buah mereka juga. Tidak mencukupi sekadar pamerkan pengiktirafan organik dan ‘nutritional fact’. Akan tetapi isu ini hanya dipetik kepada “Buah Durian” sahaja.

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM
Sudah terang lagi tersuluh yang Durian Musang King ini sememangnya dah ‘another level’. Peniaga Musang King bukannya gelegar buluh yang hanya bercakap besar tetapi kosong. Musang King, dah terbukti dengan adanya sijil organik, adanya paper journal juga dan siap masuk makmal lagi untuk dibuat ujian saintifik dan ujian klinikal.

Nak dapat sijil organik punya lah susah dan banyak prosedur yang perlu di ikut. Namun, bak kata pepatah kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bila sebut organik, mestilah bermula dari penanamannya, tidak boleh guna semburan ‘pesticide’ dan mesti dikawal rapi. Kalau durian tu di proses dan dibungkus dan masih kekal organik, bermaksud pengilangannya juga sangat ketat. Tak kena cara, sijil organik tu boleh ditarik balik. Apakah logik nak dilabelkan PALSU dan standard TEMPOYAK?

Peniaga Musang King tetap mengurus isu ini secara professional dan terus fokus pada perniagaannya sendiri meskipun tuduhan serta fitnah masih berlaku. Peniaga Musang King itu mempunyai semua sijil-sijil tersebut walhal berhelai-helai analisis dibuat demi memastikan Musang King tersebut betul-betul berkualiti. Peniaga Musang King bukan saja-saja tak nak tunjuk tetapi tidak sesuai untuk tatapan umum sebab terlalu rumit untuk dibaca oleh pengguna. Kalau ikutkan kualiti pengiktirafan yang diperoleh tersebut amatlah tinggi dan tidak perlu dipersoalkan lagi.

DALAM DILEMA
Demikianlah dilema yang dihadapi oleh seorang Peniaga Buah Durian Musang King. Persoalannya, adakah peniaga Musang King tersebut terlalu “over” dalam membuat pelbagai kajian demi membuktikan Musang King yang dimiliki tersebut adalah berganda-ganda kualitinya, asli dan bukan seperti yang dituduh itu. Mungkin peniaga lain terlalu ‘insecure’ sehinggakan sanggup menaburkan fitnah demi menjatuhkan orang lain.

PS: Nak minta pendapat, adakah berbaloi jika Peniaga Musang King tersebut melayan tuduhan ini dengan membalas setiap fitnah yang dilemparkan? Tapi dalam masa yang sama peniaga Musang King tengah sibuk menyusun strategi nak masuk ke pasaran luar negara pulak. Hmmm… Betul-betul dalam dilema.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *