Impian setiap umat Islam di muka bumi ini sudah semestinya menjadi tetamu Allah iaitu menunaikan Haji. Namun, ada yang belum membuat persediaan langsung meskipun dalam bentuk kewangan, fizikal dan mental itu sendiri.
Sudah semestinya banyak ‘Checklist’ yang perlu kita buat sebagai persediaan kita demi menuju Baitullah. Selain dilema atau persoalan seperti Nak Buat Umrah Dulu Atau Haji Dulu, ada juga yang tertanya-tanya tentang istilah penting yang berkaitan Haji. Selain itu adat orang melayu yang sering dilakukan adalah buat kenduri haji dan ia adalah salah satu punca jemaah Haji letih. Sepatutnya kita perlu contoh Persiapan Fizikal yang dilakukan oleh Uwais al-Qorni untuk ibadah Haji.
Dalam mengerjakan Haji, banyak istilah-istilah penting yang perlu diketahui demi perjalanan haji yang lancar dan bermakna. Jadi jom kita ketahui apakah istilah tersebut?
Istilah-istilah penting tersebut adalah :
Jatuh pada tanggal 8 Zulhijjah. Makna Tarwiyah sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Ibn Qudamah di dalam kitabnya mempunyai dua sebab penamaan hari tersebut dengan hari Tarwiyah.
Untuk itu, hari Tarwiyah ini mempunyai dua maksud menurut Imam Ibn Qudamah iaitu hari di mana para jemaah haji mempersiapkan bekalan air sebelum menuju ke Arafah dan yang kedua adalah hari di mana Nabi Ibrahim AS mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Mimpi tersebut telah membuatkan Nabi Ibrahim AS tertanya-tanya pada dirinya.
HARI ARAFAH
Jatuh pada tanggal 9 Zulhijjah. Hari Arafah adalah hari di mana Kota Makkah sedang padat dengan jemaah Haji yang berhimpun di Padang Arafah bagi melaksanakan ibadah Wukuf. Ibadah wukuf adalah simbolik dengan peristiwa di mana Nabi Adam dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga setelah terpedaya dengan tipu daya Iblis.
Disebabkan peristiwa itu, mereka berdua memohon ampun daripada Allah selama bertahun-tahun dan akhirnya berjumpa semula di Jabal Rahmah selepas 40 tahun terpisah.
Hari Arafah dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.
WUKUF DI ARAFAH
Umat Islam akan berada di Padang Arafah bermula dari gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah. Wukuf merupakan salah satu rukun Haji yanb terpenting yang bakal bagi menentukan sahnya ibadah Haji.
Hari Arafah antara hari yang dimuliakan oleh Allah SWT kerana ketika itulah berkumpulnya semua jemaah haji dalam keadaan penuh khusyuk mengabdikan diri kepada-Nya. Mereka menadah tangan berdoa supaya dosa mereka diampunkan dan segala amalan diterima di sisi Allah SWT.
Arafah adalah peluang terbaik untuk menumpukan sepenuh hati ibadah kita kepada Allah SWT kerana Padang Arafah antara tempat yang paling mustajab doa. Jemaah haji juga sentiasa menghabiskan masa membaca al-Quran, berwirid, berzikir, solat sunat dan bermuhasabah diri.
MABIT
Mabit adalah berhenti sejenak atau bermalam beberapa hari, untuk mempersiapkan segala sesuatunya dalam pelaksanaan melontar Jumrah yang merupakan salah satu wajib ibadah haji mabit dilakukan dua tahap di dua tempat, Iaitu di Muzdalifah dan di Mina.
NAFAR
Nafar memberi maksud Jemaah Haji meninggalkan Mina. Namun, bahasa mudahnya untuk menggambarkan keberangkatan sekelompok orang untuk meninggalkan Mina.
NAFAR AWAL
Iaitu Jemaah haji meninggalkan Mina pada 12 Zulhijah selepas selesai melontar 3 Jumrah pada 11 dan 12 Zulhijah pulang ke Mekah sebelum waktu Maghrib.
NAFAR SANI
Iaitu Jemaah haji meninggalkan Mina pada 13 Zulhijah selepas selesai melontar Jumrah pada 3 hari Tasyrik.
Tahalul adalah keadaan dibolehkannya pelaku haji melakukan hal-hal yang sebelumnya dilarang saat melakukan manasik haji (ihram).
Tahallul bagi ibadah umrah ialah dimana para jemaah melakukan cukur atau bergunting selepas selesainya melaksanakan rukun saei’ di dalam masjid al-haram itu sendiri. Justeru selepas selesainya bergunting atau bercukur ini, para jemaah bebas daripada larangan yang terdapat sepanjang tempoh berihram.
TAHALUL AWAL
Tahalul Awal adalah kebolehan pelaku haji melakukan hal-hal yang sebelumnya dilarang saat ihram, kebolehan ini dimulai setelah mereka melaksanakan:
1) melontar Jamrah Aqabah dan mencukur rambut;
2) melontar Jamrah Aqabah dan Tawaf Ifadah; atau
3) Tawaf Ifadah, Sa’i, mencukur rambut.
TAHALUL SANI
Tahalul Sani adalah kebolehan pelaku haji/umrah melakukan hal-hal yang sebelumnya dilarang saat ihram, kebolehan ini dimulai setelah mereka melaksanakan melontar Jamrah Aqabah, mencukur rambut, Tawaf Ifadah, Sa’i.
Buat para jemaah Haji yang bakal menunaikan ibadah Haji pada tahun ini, semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan Haji yang Mabrur. Seeloknya kita simpan tenaga untuk digunakan di sana. Jangan lupa untuk ‘Recap’ urutan haji dari awal hingga akhir.