Sebut saja tentang sakit, selalunya orang yang muda tak pernah nak ambil peduli sangat. Warga emas secara lazimnya adalah golongan yang akan selalu terjebak atau mudah mendapat penyakit ketika mengerjakan Haji. Namun, golongan muda juga tidak terkecuali terdedah kepada penyakit tertentu apabila berada di Tanah Suci.
Secara purata tujuh jenis paling penyakit kerap menyerang jemaah ketika menunaikan haji dengan majoriti mereka berdepan dengan masalah pernafasan tidak kira sama ada mereka warga emas atau golongan muda. Ada penyakit yang dihidapi oleh orang muda tidak dapat didiagnosis dari awal sama ada disebabkan kurang kesedaran membuat pemeriksaan kesihatan atau menerima rawatan awal secara acuh tak acuh menyebabkan golongan ini berisiko mendapat komplikasi kesihatan.
BACA JUGA : Larangan Ketika Berada Dalam Ihram
BACA JUGA : Kenali Tiang Raudhah Masjid Nabawi
BACA JUGA : Recap Urutan Haji dari Awal Hingga Akhir
Pelbagai penyakit serang warga emas
Mengenai penyakit sering dihidapi oleh warga emas pula, sepanjang mengerjakan haji adalah berkaitan serangan jantung, pneumonia, penyakit sendi, sakit tulang belakang, dehidrasi disebabkan cuaca panas dan kurang minum air, strok haba, risiko terjatuh ketika tawaf dan dipijak oleh jemaah lain ketika keadaan sesak hingga boleh membawa maut.
Jemaah haji yang mempunyai penyakit komorbid terutama jantung dan penyakit tiga serangkai (diabetes, darah tinggi dan kolesterol) dan kerap terlupa mengambil ubat bagi merawat penyakit kerana kesibukan beribadah dan keadaan yang memaksa mereka bergerak mengikut kumpulan juga boleh mengakibatkan komplikasi tidak diingini berlaku.
Penyakit berkaitan pernafasan
Bagaimanapun katanya, masalah pernafasan adalah penyakit paling tinggi berlaku membabitkan jemaah haji disebabkan udara di Arab Saudi panas, kering dan berhabuk berbeza dengan keadaan udara di Malaysia yang panas dan lembab. Kebayakkan jemaah Haji tidak biasa dengan keadaan itu hingga menyebabkan mudah mendapat masalah pernafasan.
BACA JUGA : Istilah Penting Berkaitan Haji
BACA JUGA : Persiapan Fizikal Seperti Uwais al Qorni Untuk Ibadah Haji
BACA JUGA : Nak Buat Umrah atau Haji Dulu?
Penyakit serang orang muda di Tanah Suci
* Pneumonia
* Kemalangan
* Jantung
* Strok
* Penyakit 3 serangkai (kolesterol, kencing manis dan darah tinggi).
Penyakit serang warga emas di Tanah Suci
* Pneumonia
* Serangan jantung
* Strok
* Dehidrasi
* Penyakit 3 serangkai yang tidak terkawal ((kolesterol, kencing manis dan darah tinggi).
Buat pemeriksaan sebulan sebelum ke Makkah
Justeru, kira-kira sebulan sebelum jemaah haji berangkat ke Tanah Suci, mereka diwajibkan melakukan pemeriksaan kesihatan seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM). Jika pemeriksaan kali pertama tiada masalah, mereka boleh meneruskan persiapan untuk mengerjakan haji. Tetapi jika pemeriksaan kali pertama bermasalah sebagai contoh mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis, asma atau jantung sukar dikawal, mereka perlu menjalankan pemeriksaan dan rawatan selanjutnya sebelum dirujuk kepada pakar perubatan untuk mengoptimumkan kesihatan jemaah. Ini kerana jika pemeriksaan mendapati tahap kesihatan tidak sesuai, mereka tidak akan dibenarkan menunaikan ibadah itu bagi mengelak perkara lebih buruk berlaku sepanjang berada di Tanah Suci
Aafiyat For Hajj
Buat bakal jemaah Haji ataupun jemaah Haji yang tidak melepasi pemeriksaan kesihatan akibat masalah kesihatan yang di hadapi, anda jangan risau dan masih lagi belum terlambat. Anda boleh ikuti program bimbingan Bimbingan Kesihatan dan Rohari Selama 14 Hari Bersama Dr Zubaidi dan Ustaz Zulramli.
Anda boleh saja klik link ini Sertai