fbpx

OLIVE HOUSE MALAYSIA

Hydroxytyrosol

Hydroxytyrosol: Super Antioksidan dalam Olivie Plus 30X yang tiada dalam minyak zaitun biasa

Minyak zaitun bukan barang baru. Tapi bila ada minyak zaitun yang mengandungi hydroxytyrosol 30 kali lebih tinggi daripada biasa — barulah kita kena bagi perhatian serius.

Kebanyakan orang kenal minyak zaitun hanya sebagai bahan masakan sihat. Tapi tahukah anda, dalam dunia sains nutrisi sekarang, minyak zaitun berkualiti tinggi seperti Olivie Plus 30x digelar sebagai “makanan perubatan” — sebab ia bukan saja menyedapkan makanan, tapi terbukti menyokong kesihatan dalaman secara saintifik.

Dan yang lebih menarik, kajian klinikal terbaru tahun 2024 dari Université de Sherbrooke, Canada akhirnya sahkan — minyak zaitun tinggi hydroxytyrosol seperti Olivie Plus 30x boleh lindungi jantung secara semula jadi.

Hydroxytyrosol

Hydroxytyrosol — ‘Bouncer’ untuk Sel Tubuh Anda

Sebelum kita pergi jauh, kenali dulu siapa hero utama dalam cerita ni: Hydroxytyrosol.

Kalau antioksidan lain macam vitamin C atau E diibaratkan ‘bodyguard’, hydroxytyrosol ni adalah ‘bouncer’ kelas premium — jaga setiap pintu sel badan kita daripada serangan radikal bebas (free radicals) yang boleh rosakkan DNA, sistem imun dan organ dalaman.

Kajian menunjukkan hydroxytyrosol:

  • Mengurangkan keradangan kronik (yang jadi punca banyak penyakit moden)
  • Menghalang pengoksidaan kolesterol jahat (LDL)
  • Melindungi sistem saraf dan fungsi otak
  • Menyokong kesihatan kulit dan melambatkan proses penuaan

Fun fact: Hydroxytyrosol larut dalam air, berbanding antioksidan lain yang selalunya larut dalam lemak. Jadi ia lebih mudah diserap oleh tubuh.


Olivie Plus 30X : Minyak Zaitun Rare yang Boleh Lindungi Jantung Anda? Ini Bukti Klinikal Terkini dari Canada!

Ramai brand claim produk mereka “berkhasiat”. Tapi berapa banyak yang betul-betul diuji secara klinikal?

Jawapannya: Olivie Plus 30x dah diuji oleh pakar perubatan sebenar.

Pada tahun 2024, sekumpulan penyelidik dari Fakulti Perubatan, Université de Sherbrooke, Canada, menjalankan kajian ke atas Olivie Plus 30x — minyak zaitun yang kaya hydroxytyrosol dan polifenol. Hasil kajian mereka sangat mengagumkan:

Aktiviti antioksidan meningkat dengan ketara dalam darah
Penurunan penanda keradangan yang dikaitkan dengan risiko penyakit jantung
Perlindungan salur darah daripada pengoksidaan kolesterol jahat (LDL)

Dengan kata lain, amalan harian pengambilan minyak zaitun seperti Olivie Plus 30x boleh membantu mencegah penyakit jantung — bukan secara teori, tapi berdasarkan data sebenar.


Perbandingan Hydroxytyrosol: EVOO Biasa vs Olivie Plus 30X

Jenis Minyak ZaitunKandungan Hydroxytyrosol (mg/kg)
EVOO biasa±1–10
EVOO premium biasa±20–50
Olivie Plus 30X±233

📌 33 kali lebih tinggi daripada EVOO biasa. Kalau ini bukan game-changer, kami tak tahu apa lagi.

Olivie Plus 30X

Apa Rahsia Olivie Plus 30x?

Kenapa kandungan hydroxytyrosol dalam Olivie Plus 30x sangat tinggi?

Jawapannya: lokasi & tekanan alam semula jadi.

Olivie Plus 30x dihasilkan dari pokok zaitun yang ditanam dalam kawasan padang pasir ekstrem di Morocco. Pokok-pokok ni ‘terpaksa’ bertahan dalam keadaan cuaca yang sangat panas dan gersang. Dan bila pokok stress, secara semula jadi ia hasilkan lebih banyak antioksidan untuk bertahan — ini yang memberi kita manfaat tambahan.

Ciri-ciri lain yang buat Olivie Plus 30x rare:

  • Polifenol tinggi: ±1250 mg/kg
  • Dihasilkan melalui proses cold-pressed (tiada haba & tiada bahan kimia)
  • Disahkan melalui kajian makmal dan klinikal
  • Bebas dari bahan pengawet atau campuran lain

Macam Mana Nak Amalkan?

Tak perlu masak atau campur dalam salad pun. Cara terbaik:

🥄 1 sudu pagi (sebelum makan)
🥄 1 sudu malam (sebelum tidur)

Ambil terus begitu saja. Rasa pahitnya adalah petanda kandungan polifenol tinggi — dan itu normal untuk minyak zaitun terapeutik.

Baca juga : Cara Rasulullah mengamalkan Zaitun : Sunnah dan manfaatnya terbukti oleh Sains
Baca juga : Minyak Zaitun : Pemenang Anugerah vs Terbukti secara Klinikal – Yang mana pilihan anda?


Olivie Plus 30X : Bila Sains & Tradisi Bertemu

Dalam dunia moden yang serba cepat, kita perlukan solusi yang praktikal, semula jadi dan terbukti. Minyak zaitun sememangnya disebut dalam al-Quran sebagai “pokok yang diberkati” — dan kini sains moden mengesahkan keistimewaannya, terutama dalam varian seperti Olivie Plus 30x.

💡 Kajian klinikal 2024 telah menyokong idea ini:

“Olivie Plus 30x berpotensi menjadi makanan fungsi (functional food) yang menyokong perlindungan kardiovaskular secara semula jadi.”


Minyak Zaitun yang Bukan Biasa-Biasa : Bukti Sains, bukan sekadar trend!

✅ Bukan sekadar EVOO — ini minyak zaitun dengan hydroxytyrosol yang dibuktikan secara klinikal
✅ Sesuai untuk mereka yang ambil berat tentang kesihatan jantung, imuniti dan penuaan sel
✅ Gaya hidup moden + pemakanan sihat = kombinasi yang padu

Kalau anda nak upgrade kesihatan secara semula jadi, tanpa pil sintetik, tanpa gimmick — Olivie Plus 30X adalah jawapan berasaskan bukti.