fbpx

Dekat Malaysia, sudah menjadi kebiasaan kepada orang Melayu secara khususnya akan membuat kenduri atau makan-makan jika seseorang itu ingin menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji di Tanah Suci. Betul tak ? Tujuannya, mereka ingin menghebahkan atau memberitahu bahawa mereka terpilih untuk menunaikan rukun islam yang kelima. Di samping itu juga mereka juga ingin didoakan agar mendapat kesempurnaan ibadah dalam usaha memperoleh haji yang mabrur. 

Namun, niat tu dah bagus tetapi kita terlupa satu hal lagi iaitu bakal jemaah haji sepatutnya perlu berehat atau menyimpan tenaga untuk digunakan semasa mengerjakan ibadah haji nanti. Sudah semestinya apabila kita membuat kenduri, tenaga yang diperlukan amatlah banyak dan boleh meletihkan fizikal kita. Meskipun kita sihat di Malaysia, belum tentu kita akan sihat juga di sana atas beberapa faktor seperti perubahan iklim dan cuaca panas yang melampau di sana nanti. 

Ada juga beberapa kes kita sering dengar seperti jemaah Haji diserang angin ahmar serta sakit kepala yang teruk akibat tidak mengambil ubat pada waktu yang ditetapkan. Insiden ini terjadi juga disebabkan oleh kita tidak membuat persediaan ubat-ubatan yang secukupnya sebagai contoh kita jangan lupa untuk membawa Calm and Comfort bersama-sama anda untuk atasi masalah sakit kepala nanti. 

Dalam persediaan nak pergi haji sudah tentu kita perlu ada ‘Checklist’ Barang Keperluan Haji. Jadi, persediaan dari segi mental dan fizikal amatlah penting buat para jemaah Haji yang akan berangkat ke sana nanti. Oleh itu di sini akan dikongsikan beberapa tips persediaan buat para jemaah untuk mengelakkan keletihan dan kelesuan yang boleh mengganggu ibadah kita di sana. 

1. Sebelum ke tanah suci, kita dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada Doktor untuk memastikan penyakit yang kita hadapi adalah dalam keadaan stabil. 

2. Jaga pemakanan amatlah penting dan juga boleh mula untuk amalkan pengambilan Minyak Zaitun untuk membekalkan tenaga secara semula jadi kepada kita. 

3. Lakukan senaman mengikut kemampuan kita dan ianya perlu bermula dari sekarang ataupun lebih awal untuk membiasakan diri dengan keadaan yang memerlukan kita berjalan kaki yang banyak ketika di sana. Hal ini boleh mengelakkan diri kita dari sakit-sakit sendi ataupun lutut. Pengambilan Mutiara Emas ini juga boleh membantu dalam merawat masalah tersebut. 

4. Perbanyakkan minum air masak atau suam untuk kekalkan hidrasi dalam tubuh badan kita. Nak lagi baik boleh juga titiskan Minyak Habbatus Sauda ke dalam air tersebut untuk nak membantu tingkatkan tahap imun kita. Taklah nanti senang nak dapat penyakit. 

Buat para jemaah Haji didoakan agar dapat menjalani ibadah haji dengan sempurna dan peroleh Haji Yang Mabrur.