fbpx

Tidak lama lagi umat Islam bakal mengerjakan rukun Islam yang kelima iaitu mengerjakan Haji. Hukumnya adalah wajib bagi mereka yang memiliki kemampuan untuk mengerjakannya. Perasaan teruja dan bersyukur bagi jemaah Haji yang terpilih untuk menunaikan ibadah Haji buat tahun ini. Dalam fasa-fasa akhir ni jangan lupa checklist barang haji dan kita perlulah rehat jangan buat kenduri pula.

Perasaan ‘nervous’ ataupun berdebar buat kebanyakan para jemaah juga turut dirasai. Ada juga yang masih lagi yang tak tahu bagaimana urutan haji dari awal sampai habis. Jom kita ‘recap’ balik. 

1. Berihram.

Yang pertama sekali adalah berihram dimana seseorang akan membuat niat untuk berhaji. Jemaah Haji perlu memulai Ihram dari Miqat yang ditentukan. MIQAT dari segi bahasa bermaksud waktu, manakala dari segi istilah bermakna ketentuan tempat atau masa untuk berniat ihram haji atau umrah. Miqat terbahagi kepada dua iaitu miqat zamani (masa) dan miqat makani (tempat). 

Beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan sebelum berihram adalah mandi, berwudhu, memakai pakaian ihram dan wangi wangian. 

2. Wukuf di Arafah.

Seterusnya adalah wukuf di padang Arafah. Perlu diingat bahwa wukuf ini merupakan inti dari seluruh proses pelaksanaan ibadah haji. Jadi seluruh jemaah akan berkumpul di Padang Arafah untuk beribadah sebaik mungkin.

Cara mengerjakan rukun haji ini, waktu wukuf akan bermula pada saat tergelincirnya matahari atau biasanya pada saat memasuki waktu sholat dzuhur. Wukuf dilaksanakan pada tanggal 9 Dzulhijjah hingga terbitnya matahari di hari berikutnya atau pada tanggal 10 Dzulhijjah atau ketika Hari Raya AidilAdha. Semasa berwukuf, umat islam digalakkan memperbanyakkan berdoa dan amalan-amalan sunat yang lain. 

3. Bermalam di Muzdalifah. 

Selesai wukuf di Arafah jemaah Haji akan melakukan perjalanan ke Mina. Namun, jemaah haji akan siggah sebentar bermalam di Muzdalifah hingga terbit fajar. Hukumnya adalah wajib dan wajib membayar dam jika meninggalkannya kecuali bagi yang uzur. 

4. Melontar di ketiga-tiga Jamrah.

Kemudian, jemaah akan melontar di ketiga-tiga Jamrah yang melambangkan lontaran batu ke arah syaitan. 

5. Tawaf. 

Seterusnya, wajib untuk melakukan tawaf iaitu jemaah akan mengelilingi Kaabah sebanyak 7 kali putaran. Ada beberapa jenis tawaf yang perlu kita ketahui. 

6. Sa’ie.

Kemudian, jemaah Haji akan berlari-lari anak antara Bukit Safa dan Marwah yang disebut Sa’i. Ini merupakan salah satu rukun ibadah Haji dan wajib dilakukan. Ada juga kisah disebalik perlaksanaan Sa’ie. 

7. Memotong Rambut atau Tahallul. 

Hal yang termasuk dalam rukun Haji dan wajib dilakukan adalah memotong rambut atau melakukan Tahallul. Setelah itu, segala larangan yang semasa ihram boleh dilakukan semula. Jemaah juga diperbolehkan untuk mengganti pakaian ihram dengan pakaian biasa yang digunakan setiap hari. 

Diharapkan semoga jemaah Haji dapat menunaikan Haji dengan sempurna dan memperoleh Haji yang Mabrur.