Selain amalan Buat Kenduri Haji Sebelum Berangkat, persoalan ini selalu timbul dalam minda masyarakat kita. Kadang-kadang buat semua pening, ada yang menyimpan utk haji ada juga yang utamakan umrah dahulu takut panggilan haji lambat lagi. Ada juga yang sudah berkali-kali menunaikan umrah tapi belum berkesempatan untuk menunaikan Haji kerana sistem giliran menunggu yang lama. Sebelum itu, musim Haji dah tiba jadi ada juga yang nak tahu Urutan Haji dari Awal hingga Akhir.
Ada juga seglintir masyarakat yang belum bersedia untuk digelar haji atau hajjah kerana bila dah pegang nama tersebut banyak amalan lama dalam hidup tidak dapat dilakukan, risau dan bimbang jika menunaikan ibadah haji akan menerima “balasan” dari Allah dan macam-macam lagi. Ada yang takut nak pergi haji sebab banyak sangat Checklist Barang Keperluan Haji nak kena bawa.
Sudah kita maklum bahawa ibadah haji adalah wajib bagi muslim yang mampu, bahkan merupakan salah satu rukun Islam. Sedangkan kewajiban umrah diperselisihkan Ulama, dan yang lebih kuat adalah pendapat yang mewajibkan umrah. Hal itu berdasarkan beberapa hadits, antara lain hadits berikut:
الْإِسْلَامُ أَنْ تَشْهَدَ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَأَنْ تُقِيمَ الصَّلَاةَ، وَتُؤْتِيَ الزَّكَاةَ، وَتَحُجَّ الْبَيْتَ وَتَعْتَمِرَ، وَتَغْتَسِلَ مِنَ الْجَنَابَةِ، وَأَنْ
تُتِمَّ الْوُضُوءَ، وَتَصُومَ رَمَضَانَ
Islam adalah bersaksi bahwa tidak ada sembahan (yang berhak disembah) melainkan Allah swt dan sesungguhnya Nabi Muhammad Adalah utusan Allah swt, menegakkan solat, menunaikan zakat, haji dan umrah, mandi junub, menyempurnakan wudhu dan puasa Ramadan. Jadi haji dan umrah hukumnya wajib sekali seumur hidup bagi Muslim yang mampu. Namun keduanya boleh dilakukan secara beriringan atau bersama-sama.
Melakukan ibadah haji atau umrah adalah perkara yang paling disukai dan menjadi harapan para bakal jemaah dari seluruh dunia. Ada yang mampu, ada juga yang tidak mampu dari segi kewangan, fizikal dan juga mental. Bagi mereka yang kurang berkemampuan serta bercita-cita dan menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah ini sering bertungkus-lumus untuk mengumpul duit dan sentiasa berharap sekiranya mereka boleh sampai dan menjejakkan kaki di Tanah Suci itu. Jangan lupa juga bekalan Minyak Zaitun sebab ia sangat penting dalam memberikan kita tenaga untuk menunaikan ibadah haji.