fbpx
Mitos

Jangan Termakan Dengan Propaganda Barat. Semuanya Mitos !

Industri Minyak Kelapa Sawit

Buat anda yang masih berada di bawah tempurung, Malaysia adalah pengeksport terbesar dunia dalam minyak sawit. Minyak sawit terbukti lebih sihat dan lebih mapan sebagai industri. Ini menyebabkan negara barat dan eropah betul-betul gentar dengan minyak sawit.

Minyak kelapa sawit merupakan antara komoditi utama Malaysia yang telah memberi sumbangan besar buat ekonomi negara. Sebanyak 19 juta tan minyak sawit mentah telah dikeluarkan oleh negara ini. Hampir keseluruhannya (17.3 juta tan) dieksport ke luar negara dimana China, India dan Belanda menjadi pengimport utama produk sawit kita. India mengimport 285,829 tan minyak sawit dari Malaysia pada April, menyumbang 21.6 peratus daripada jumlah import minyak sayuran negara pada bulan tersebut.

Namun, bukan semua negara-negara luar menyambut baik dengan produk sawit kita. Beberapa negara di dalam Kesatuan Eropah misalnya melarang import minyak kelapa sawit disebabkan beberapa isu dan menggunakan minyak bunga matahari sebagai alternatif. Di satu sisi, industri sawit memiliki perhatian besar atas potensi dan manfaatnya; di sisi lain, industri ini dihujani begitu banyak sentimen negatif. Jadi, mereka mulakan propaganda dengan memburukkan minda orang ramai dengan perkara yang negatif dan membuat kempen ‘No Palm Oil’

Mitos 1 : Minyak Kelapa Sawit Tidak Sihat

Sebenarnya Minyak Kelapa Sawit banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Secara alami ia bebas lemak trans dan memiliki kandungan tinggi Vitamin A – 15 hingga 30 kali lebih tinggi daripada tomato dan ‘carrot’. Minyak kelapa sawit juga mengandungi tokoferol dan tokotrienol yang merupakan komponen penyusun antioksidan Vitamin E. Di dalam badan manusia, Vitamin E bertindak sebagai antioksidan dan membantu melindungi sel-sel badan yang sihat daripada kerosakkan akibat daripada radikal bebas. Hasil kajian juga membuktikan bahawa minyak sawit memiliki manfaat kesihatan seperti bebas lemak trans (trans Fat) dan bebas kolesterol. Sebenarnya banyak lagi kebaikannya dan tidak banyak diwar-warkan kepada masyarakat. 

BACA JUGA : Ekzema Sungguh Menyeksakan !

BACA JUGA : Kulit Cantik Dengan Vitamin E 

BACA JUGA : Mudah Rasa Letih, Mata Kuning, Perut Buncit.. Awas! Ia Mungkin Hati Berlemak

Mitos 2 : Minyak Kelapa Sawit Penyebab Utama Deforestasi

Pendapat rakyat Eropah berkatakan bahawa minyak kelapa sawit menyebabkan isu seperti jerebu, mengancam habitat orang utama sehinggakan semua perkara berkaitan alam sekitar yang negatif dikaitkan dengan aktiviti perladangan kelapa sawit. Jadi, masyarakat Barat pun memboikot produk sawit adalah cara termudah untuk menghentikan kemusnahan alam sekitar. Hakikatnya ianya adalah mitos belaka. Di Malaysia, seluas 3.19 juta hektar atau 55 peratus daripada tanah ladang kelapa sawit disahkan lestari mengikut Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) setakat ini.

Apabila diperakui , pengeluaran minyak sawit telah mengikut amalan pengeluaran mampan dan perladangan mempunyai kesan positif alam sekitar yang ketara. Pengeluaran minyak sawit yang mampan mengikut standard kami melibatkan membantu menghentikan penebangan hutan, dan memastikan tiada kemudaratan kepada spesies terancam, tiada penanaman baharu di atas gambut dan pengurangan pelepasan karbon. Ringkasnya, pengeluaran minyak sawit mampan menyokong dan melindungi alam sekitar. Mewakili 1% daripada kawasan pengeluaran tanaman minyak sayuran global, ladang yang diperakui menghasilkan 8.1% daripada bekalan minyak sayuran. Ladang yang disahkan menghasilkan lebih banyak, sementara memerlukan kawasan tanah yang lebih kecil.

Secara kesimpulannya, bukan sahaja Malaysia, bahkan Indonesia juga kurang senang dengan kempen anti-kelapa sawit yang merupakan penggerak utama ekonomi kedua-dua negara tersebut. Kumpulan pro-kelapa sawit rata-rata menolak dakwaan yang dilemparkan terhadap minyak sayuran ini. Menurut mereka, Malaysia umpamanya telah tidak lagi membenarkan sebarang hutan ditebang bagi membuka ladang-ladang kelapa sawit. Minyak kelapa sawit boleh dikategorikan sebagai minyak yang paling efisien berbanding minyak sayuran lain. Roundtable on Sustainable Palm Oil (RSPO) menyatakan minyak kelapa sawit mengeluarkan empat hingga sepuluh kali lebih banyak hasil berbanding minyak sayuran yang lain. Jadi, kita sebagai rakyat Malaysia, haruslah buka mata dan minda untuk memandang serius terhadap isu ini dan kena peka terhadap ancaman kepada ekonomi kita. 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *