fbpx
Vitamin E

Hanya Dengan Vitamin E, Kulit Anda Cantik Sekelip Mata

Apa Itu Vitamin E?

Selain daripada dapat membantu mencegah hati berlemak, Vitamin E adalah antioksidan yang larut lemak yang kuat yang dapat meremajakan kulit dan kesihatan secara keseluruhan. Ia merangkumi sekumpulan lapan sebatian yang merangkumi tocoferols dan tocotrienols. Vitamin E adalah sejenis vitamin yang amat diperlukan oleh badan dan  untuk membantu sel-sel badan berfungsi. Kelebihan Vitamin E ini adalah ianya berfungsi sebagai antioksidan dan membantu untuk menghapuskan radikal bebas yang boleh merosakkan sel-sel kulit. 

Vitamin E boleh didapati secara semulajadi dalam beberapa jenis makanan, antaranya ialah: 

      • Salmon 

      • Brokoli 

      • Bayam 

      • Hazelnuts 

    BACA JUGA : Kerap Demam Musim Hujan ? Ini Solusinya !

    BACA JUGA : Minyak Zaitun Mesra Alam; Diiktiraf ‘Carbon Neutral’ oleh Vincotte 

    BACA JUGA : Fakta Minyak Zaitun Asli Jangan Mudah Tertipu !

    Manfaat Vitamin E Untuk Kulit Anda

    Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering, kulit gatal, psoriasis dan ekzema, adalah amat digalakkan untuk mengambil vitamin E. Hal ini kerana Vitamin E dapat membantu: 

        • Melembapkan kulit 

      Vitamin E dapat mengembalikan kelembapan yang hilang dan ini sebabnya ia berfungsi paling baik untuk kulit kering. Selain menyapu Minyak Zaitun di permukaan kulit untuk mencegah daripada kulit menjadi kering. Selain itu, Vitamin E juga adalah antioksidan yang boleh meneutralkan kesan radikal bebas disebabkan oleh sinaran UV. Jadi, apabila kita dapat mengekalkan hidrasi kulit atau kelembapan kulit, maka tekstur kulit dan mengekalkan keanjalannya.  

        • Mencegah kedutan di wajah ataupun anti penuaan

      Jika seseorang itu, menunjukkan tanda-tanda penuaan pramatang seperti kedutan di sekeliling mata, selain menggunakan krim mata yang berada di pasaran, kita juga boleh amalkan pengambilan Vitamin E dalam gaya hidup kita. Ia secara tidak langsung dapat menjadikan kulit kita sihat dan mengurangkan tanda-tanda penuaan di kulit kita. 

        • Mengurangkan kesan parut di kulit 

      Dalam satu kajian terbaru yang dijalankan di Ohio State University mengkaji kesan Vitamin E (tokotrienol) mengurangkan parut akibat pembedahan. Justeru, kajian ini mendapati bahawa Vitamin E mempunyai potensi besar untuk mengurangkan masalah parut hypertrofi dan keloid dengan cara mengawal kadar keradangan luka pembedahan tersebut. 

      •  

        • Psoriasis

      Psoriasi adalah penyakit kulit yang menyebabkan ruam dengan gatal-gatal, tompok bersisik, paling biasanya terjadi di siku dan kulit kepala. Selalunya ia dikaitkan dengan tekanan oksidatif yang disebabkan oleh lebihan radikal bebas. Sebagai antioksidan yang kuat, Vitamin E melawan radikal bebas dengan mengurangkan tekanan oksidatif, berpotensi mengurangkan keterukan gejala psoriasis ini. 

        • Ekzema/Atopic Dermatitis

      Sebagai mana kita semua tahu Ekzema Sangat Menyeksakan. Kira-kira 20% rakyat di negara ini mengidap Atopic Dermatitis (AD), iaitu sejenis ekzema yang paling prevalen dan penyakit inflamatori kronik dengan simptom ruam merah yang gatal pada kulit serta terjadi secara berulang-ulang. Selain daripada antioksidannya, Vitamin E mampu menyekat keradangan dan mengimbangi ekspresi gen penanda perbezaan keratinosit, mencadangkan potensinya sebagai agen terapeutik terhadap AD. 

      Pengamalan gaya hidup yang sihat dan diet yang sihat adalah salah satu faktor untuk penjagaan kulit. Maka, marilah kita mengamalkan pengambilan Tocotrienol untuk penjagaan kulit dan wajah kita. Tocotrienol ini sangat kaya dengan Vitamin E dan dapat buat kulit kita cantik sekelip mata. Pastikan Beli yang ori, makan yang kualiti! 

      Leave a Comment

      Your email address will not be published. Required fields are marked *