Khasiat Minyak Zaitun Yang Sangat Luar Biasa Kepada Kesihatan

Ramai yang mengatakan minyak zaitun adalah bahan makanan yang menyihatkan serta mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan. Jom baca dengan lebih lanjut antara khasiat minyak zaitun dan mengapa kita perlu amalkannya.

Penggunaan minyak zaitun tidak asing lagi dalam masakan dan diet Mediterranean. Minyak zaitun berasal daripada kawasan sekitar Mediterranean dan telah diusahakan sejak daripada 4000 tahun dahulu lagi dan telah berkembang sehingga dikenali sebagai minyak paling sihat di dunia. Sepanyol merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar dunia dengan penghasilan sekitar 5 juta tan metrik setahun. Negara-negara Mediterranean lain seperti Itali, Mesir, Turki dan Sepanyol juga menjadi antara pengeluar minyak zaitun terbesar dunia. Oleh itu, tidak hairanlah jika hampir kesemua makanan mereka di sana menggunakan minyak zaitun, seperti dalam menyediakan hidangan berat termasuk pasta dan piza serta dalam hidangan sampingan seperti hummus dan salad.

Terdapat banyak sumber bacaan dan rujukan untuk anda ketahui lebih lagi mengenai khasiat minyak zaitun tetapi disini kami sajikan secara ringkas 6 khasiat yang luar biasa sekiranya kita mengamalkan minyak zaitun dalam kehidupan seharian kita.

1) Mengekalkan Tahap Kolesterol Yang Sihat

Satu kajian menunjukkan bahawa jika seorang dewasa mengambil 2 sudu besar sehari minyak zaitun dara cuma dalam tempoh seminggu, ia akan berjaya menurunkan kepekatan kolesterol tidak baik dalam tubuh badan kepada kadar yang normal dan mampu ditangani oleh badan.

2) Mengurangi Risiko Serangan Jantung

Kolesterol tidak baik ini dikenali sebagai Lipoprotein Ketumpatan Rendah atau singkatannya LDL adalah gabungan lemak dan protein yang boleh membawa kepada pembentukan plak kolesterol pada dinding arteri yang lama-kelamaan akan menyempitkan saluran arteri, lantas boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok.

3) Membantu Mencegah Kolitis Berulser

Kajian yang dijalankan terhadap 25,000 orang berusia sekitar 40 ke 65 tahun di UK, menunjukkan peserta-peserta kajian yang mengambil dos asid oleik tertinggi mempunyai 90% kurang risiko mendapat Kolitis Berulser berbanding peserta-peserta yang mengambil dos terendah. Kolitis Berulser adalah keradangan pada usus besar atau kolon. Simptom keradangan bergantung kepada tubuh badan seseorang. Sesetengah daripada kita mungkin akan mengalami cirit-birit berdarah atau bernanah, sakit perut, ataupun sembelit. Bagi menangani hal ini, penyelidik telah menyarankan supaya mengambil dua ke tiga sudu besar minyak zaitun setiap hari.

4) Melindungi Diri Daripada Kanser Payudara

Kanser payudara merupakan antara kanser yang sering terjadi kepada wanita berbanding lelaki. Kekal cergas dan sentiasa melakukan senaman harian dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit ini. Selain itu, pemakanan yang sihat juga dapat melindungi diri kita. Untuk mengambil kesempatan akan khasiat minyak zaitun, menambah minyak zaitun dalam diet pemakanan anda juga dapat mengurangkan risiko penyakit ini. Walaupun minyak juga adalah sejenis lemak, ia adalah lemak tidak tepu dan mudah mencair pada suhu bilik dan baik untuk kesihatan anda. Minyak zaitun juga kaya kandungan asid oleik dan bahan antioksidan.

5) Penjagaan Kecantikan Kulit

Selain kulit kepala, kulit badan juga boleh mendapat manfaat daripada khasiat minyak zaitun ini. Kandungan tinggi squalene yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang sangat kuat, dapat membalikkan kerosakan akibat radiasi sinar ultraungu.

6) Penjagaan Kecantikan Rambut

Selain keajaiban dalam membantu mencegah dan merawat penyakit-penyakit berbahaya seperti yang telah dinyatakan dan banyak lagi penyakit lain yang tidak sempat diselitkan dalam artikel ini, khasiat minyak zaitun juga penting untuk rawatan kecantikan tubuh badan seperti penjagaan kulit serta penjagaan rambut. Rambut dan kulit kepala yang kering boleh mengakibatkan keguguran rambut. Dengan menyapu dan mengurut kulit kepala anda dengan minyak semula jadi ini, ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah di kepala, seterusnya membantu melancarkan pembahagian nutrien daripada dalam tubuh ke akar rambut serta juga mendapat nutrien tambahan terus daripada minyak zaitun ini. Selain itu, rambut anda akan kekal lembap serta kelihatan lebih bermaya.

Kesimpulan

Semoga perkongsian mengenai khasiat minyak zaitun kepada kesihatan ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada anda. Untuk mengamalkan produk minyak zaitun, pastikan anda memilih minyak zaitun yang betul-betul asli dengan kandungan antioksidanya bagi memastikan anda mendapat manfaat yang optimum. Jom amalkan Extra Virgin Olive Oil, Unfiltered dan Cold-Pressed.

Lihat Senarai Minyak Zaitun Keluaran Olive House