fbpx

Khasiat Kurma untuk Ibu Hamil

Kurma dan bulan ramadan sememangnya tidak dapat dipisahkan dan ianya digemari oleh semua lapisan umur. Tua atau muda, kanak-kanak atau dewasa. Ianya juga mempunyai banyak khasiat kepada tubuh manusia tetapi tahukah anda bahawa kurma juga mempunyai khasiat yang diperlukan oleh ibu yang hamil?

Memberi dan membekalkan tenaga

Seringkali ibu yang hamil akan berasa letih atau penat yang melampau. Ada yang berasa keletihan dan lesu sepanjang hari. Kandungan karbohidrat dan gula semulajadi yang ada didalam kurma mampu untuk membekalkan tenaga untuk ibu hamil.

Membantu pembesaran janin

Salah satu mineral yang terdapat di dalam kurma adalah magnesium. Penyerapan kalsium dalam tubuh ibu hamil berlaku kerana dibantu oleh mineral ini yang dapat membantu pertumbuhan gigi dan tulang pada janin yang sihat.

Magnesium ini juga mampu untuk membantu mengawal kadar gula dan tahap tekanan darah di dalam badan dan juga membantu untuk menurunkan risiko preeclampsia sehingga bersalin premature.

Melancarkan pembuangan air besar

Pengambilan kurma pada setiap hari dapat membantu menjaga saluran sistem pencernaan dan mampu mengurangkan ketidakselesaan ketika hamil. Ini kerana, buah kurma adalah tinggi dengan soluble fiber dan insoluble fiber yang membuatkan pembuangan air besar berjalan dengan mudah dan lancar.

Sumber zat besi dan vitamin

Bagi para ibu hamil yang mempunyai masalah hemoglobin rendah adalah disarankan untuk mengambil buah kurma. Ini kerana kurma adalah sumber zat besi, vitamin B9 dan juga vitamin C.

Para ibu hamil yang mempunyai kencing manis, adalah disarankan untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor anda sebelum mengamalkan buah kurma ini.

Mari kita realisasi gaya hidup aafiyat dengan mengamalkan pengambilan kurma ajwah Olive House di www.aafiyatmall.com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *