fbpx

Ibadah haji sememangnya melibatkan kekuatan mental dan fizikal yang sangat rapi. Namun, persiapan dan persediaan fizikal amat diperlukan sebelum berangkat agar dapat bertahan terhadap keadaan persekitaran yang sangat berbeza dengan situasi di tanah air. 

Pada setiap musim haji, keadaan di tanah suci padat dengan para jemaah yang menunaikan ibadah haji dari seluruh dunia sehingga mencapai 3 juta orang dan ianya sentiasa meningkat setiap tahun, sedangkan tempatnya terhad. Jika ada bakal jemaah Haji yang membaca artikel ini, boleh juga sambil-sambil kita ‘Recap’ Urutan Haji Dari Awal Sampai Akhir. 

Apabila seseorang telah dipanggil atau namanya sudah ada dalam senarai menunggu, maka hendaklah dia membuat beberapa persiapan dan adalah lebih baik jika persediaan tersebut dapat dilakukan sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum tarikh keberangkatan ke tanah suci. Jangan lupa untuk membuat Checklist Barang Keperluan Haji supaya tidak tertinggal barang yang penting. 

Seperti mana kita tahu, ibadah haji selain memerlukan kefahaman mendalam dan penghayatan rohani, ia banyak melibatkan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki seperti Tawaf dan bersaie dan melontar Jamrah. Jadi, persediaan yang rapi boleh kita lakukan. Kita boleh contohi bagaimana persediaan yang dilakukan oleh seorang Sahabat Rasulullah SAW iaitu Uwais Al-Qarni. Antara sahabat yang pernah dipuji dan ditinggikan kedudukannya. 

Bahkan dalam suatu majlis, Rasulullah menyuruh Umar bin Khattab dan Ali bin Abi Talib mencari Uwais. “Carilah dia (Uwais al Qarni), dan mintalah dia memohonkan keampunan untukmu,” sabda Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis Muslim Shohih. Padahal semasa hidupnya Rasulullah belum pernah bertatap muka dengan Uwais secara langsung.

Jadi, apakah persediaan Uwais ? Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak, badannya bertompok putih, yakni putih penyakit yang tidak digemari. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Walaupun beliau seorang berpenyakit sopak, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya dan beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya dan setia menjaga ibunya yang sudah uzur dan lumpuh sampai beliau dewasa.

Pada suatu hari, ibu Uwais yang semakin tua dan uzur berkata kepada anaknya: “Anakku, mungkin ibu dah tak lama lagi akan bersama dengan kamu, ikhtiarkanlah agar ibu dapat mengerjakan haji.” Uwais adalah seorang yang miskin dan Uwais tidak mampu untuk menyediakan perbelanjaan untuk pergi membawa ibunya menunaikan Haji. Beliau juga tidak memiliki unta dan juga tidak mampu untuk membayar sewa unta. 

Uwais mendapat suatu ilham. Dia membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Dia membuat sebuah pondok (rumah kecil) di atas sebuah ‘Tilal’ iaitu sebuah tanah tinggi (Dia buat pondok untuk lembu itu di atas bukit). Apa yang dia lakukan, pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas ‘Tilal’. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari ‘Tilal’ tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan.

Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras. Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20 kilogram, selepas enam bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100 kilogram turun dan naik bukit setiap hari.

Selepas lapan bulan, apabila sampai musim haji, rupa-rupanya perbuatannya itu adalah satu persediaan untuk dia membawa ibunya mengerjakan haji. Dia telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Makkah dengan kedua tangannya. Di belakangnya dia meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100 kilogram boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan sekitar 50 kilogram.

Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Makkah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Dan dia juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Makkah. 

Jadi, apa yang kita boleh belajar dari kisah Uwais ini adalah yang pertama Ibadah Haji sememangnya memerlukan kekuatan fizikal yang kuat dan yang kedua adalah persediaan yang rapi amat diperlukan sebelum menjalani ibadah Haji. 

Bagi mencapai keadaan yang sihat dan segar, lakukan senaman secara teratur. Latihan bersenam, berlari atau beraerobik yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan usia bakal jemaah, amat perlu untuk menjaga kesihatan jantung kerana kesediaan fizikal yang baik dan jantung yang sihat diperlukan bagi menjalankan ibadah haji seperti Tawaf, Saie dan Melontar Jamrah. Begitu juga kegiatan biasa seperti ulang alik ke Masjid, ke pasar dan lainnya dilakukan dengan berjalan kaki.

Jadi untuk para jemaah boleh dapatkan produk Tocotrienol Softgel untuk membantu dalam masalah sakit-sakit sendi ketika di Tanah Suci nanti. Minyak Zaitun juga boleh diamalkan kerana ia boleh membantu memberikan tenaga sepanjang menjalankan ibadah haji.