fbpx

Berita Baik untuk Pencinta Alam Sekitar dan Kita Semua

Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa produk OLIVIE PLUS 30X dan OLIVIE POWER UP kini diiktiraf sebagai “Carbon Neutral Olive Oil Products” oleh VINCOTTE, sebuah badan pengawasan dan pensijilan yang diiktiraf oleh kerajaan Belgium. Pengiktirafan ini adalah bukti komitmen kami dalam usaha menyelamatkan bumi dari kesan perubahan iklim dengan meminimumkan pengeluaran gas rumah hijau sepanjang penghasilan produk kami.

Apa Itu Produk Karbon Neutral?

karbon neutral

Produk karbon neutral merujuk kepada produk yang tidak menyumbang kepada peningkatan gas rumah hijau di atmosfera. Ini bermakna jumlah karbon dioksida (CO2) yang dibebaskan semasa penghasilan produk ini diimbangi dengan pengurangan atau penghapusan jumlah yang sama dari atmosfera melalui pelbagai inisiatif hijau. 

BACA JUGA :

Fakta Minyak Zaitun Asli, Jangan 

Mudah Tertipu 

Ancaman Diabetes: 5 Juta Rakyat Malaysia Berisiko Tinggi 

Mengapa Ini Penting?

Tahukah anda bahawa secara purata, penghasilan 1 kg minyak zaitun membebaskan 10.64 kg karbon dioksida? Jumlah ini seumpama pemanduan dari Nilai ke Sg Besi lebih kurang 42 km. Pengiktirafan ini menunjukkan bahawa produk Olivie, mempunyai tahap pembebasan gas karbon dioksida yang jauh lebih rendah berbanding dengan minyak zaitun lain. Ini adalah langkah signifikan dalam meminimumkan jejak karbon dan melindungi alam sekitar kita.

Manfaat Olivie Plus 30X dan Olivie Power Up.

Selain ia sangat banyak manfaat kesihatan yang diberikan, Olivie Plus 30X dan Olivie Power Up juga memberikan manfaat tambahan kepada alam sekitar. Dengan menggunakan produk ini, anda bukan sahaja menjaga tubuh badan anda, tetapi juga turut serta dalam usaha global untuk mengurangkan kesan perubahan iklim. Kita dapat ‘2 in 1’, jaga kesihatan, jaga alam sekitar. 

Secara tidak langsung anda telah menyokong inisiatif hijau dan membantu merealisasi gaya hidup Aafiyat dalam kehidupan harian. Kami percaya bahawa kesihatan kita adalah tanggungjawab kita dan alam sekitar juga sebagai tanggungjawab kita. Kalau bukan kita siapa lagi? 

 

Fakta Menarik
Untuk memberikan perspektif, 1 liter petrol (~800 gram) menghasilkan 2.3 kg CO2 apabila dibakar. Bayangkan betapa besar impak yang dapat kita kurangkan dengan memilih produk yang lebih mesra alam.