fbpx
Tiang Raudhah

Kenali 6 Tiang Raudhah Masjid Nabawi

Sebut sahaja tentang Raudhah, umum dah ketahui ianya adalah salah satu taman syurga di dunia dan juga tempat mustajab berdoa. Raudhah berada di dalam Masjid Nabawi di Madinah. Ia merupakan satu ruang dalam Masjid Nabawi antara mimbar dan makam Nabi Muhammad SAW. Buat yang masih lagi tertanya-tanya tentang Nak Buat Umrah Dulu atau Haji Dulu boleh baca di sini. 

TAMAN SYURGA

Dalam masjid ini, ia menjadi tempat beribadah yang utama, tempat turunnya wahyu, majlis ilmu dan sebagainya. Raudhah juga disebutkan sebagai taman Syurga. Daripada Abdullah bin Zaid al-Mazini r.a., Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ الْمَازِنِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَا بَيْنَ بَيْتِي وَمِنْبَرِي رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ

Maksudnya: “Di antara rumahku dan mimbarku terdapat satu taman (raudhah) daripada taman-taman Syurga.” (HR al-Bukhari hadis sahih)

Ketika menjadi tetamu di taman syurga ini, kita sangat digalakkan untuk memperbanyakkan berdoa di kawasan Raudhah kerana terdapat banyak keistimewaan disebaliknya yang pasti menjadi saksi kepada perjuangan Baginda SAW.

Bagi umat Islam yang hadir ke sini, ia merupakan salah satu tempat yang amat mustajab untuk berdoa. Kebanyakan jemaah Haji yang hadir akan berebut peluang untuk masuk ke kawasan Raudhah bagi menunaikan solat dan berdoa.

Sebelum itu, kita juga perlu ketahui juga beberapa Istilah Penting Berkaitan Haji.

Jom kita kenali 6 tiang-tiang penting yang ada di dalam Raudhah. Bukan sekadar tiang biasa namun ada kisah-kisah hebat di sebaliknya. Antara tiang tersebut adalah :

1. TIANG SARIR

Pada suatu ketika dahulu, tiang ini adalah tiang di mana tempat Nabi Muhammad SAW berehat dan di sini juga tempat Sodatina Aishah binti Abu Bakar RA menyikat dan menyisir rambut Baginda Nabi Muhammad SAW.

2. TIANG ALI/TIANG PENGAWAL

Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai tempat untuk mengawal rumah Nabi Muhammad SAW, di mana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali bin Abi Talib RA.

3. TIANG WUFUD (DELIGASI)

Suatu masa dahulu, ruang di sekitar tiang ini sering digunakan oleh Nabi Muhammad SAW untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yang datang ke Madinah al-Munawwarah.

4. TIANG AISHAH

Tiang ni sangat istimewa, di mana tiang inilah Nabi Muhammad SAW selalu mengerjakan solat tahajud, munajat dan solat taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar Ibn al-Khattab RA. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ni dan berdoalah sebanyaknya kepada ALLAH SWT.

5. TIANG ABU LUBABAH (TIANG TAUBAT)

Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yang telah melakukan kesilapan iaitu berbohong kepada Nabi Muhammad SAW. Akibat rasa bersalah pada baginda, Lubabah mengikat dirinya di tiang ini selama tiga hari sehingga tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.

6. TIANG MUHALLAQSAH 

Tiang ini dahulunya adalah sebatang pokok kurma yang selalu dipegang Baginda semasa berkhutbah. Batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta, kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan Mimbar yang baru.

Lalu Nabi Muhammad SAW berkata kepada pokok tu, “Engkau akan kekal dengan aku di dalam syurga dalam keadaan seperti batang pokok macam ni” barulah pokok kurma tersebut diam. Tiang ini juga dikenali dengan tiang wangi.

7. MIHRAB NABI

Mehrab of the Prophet (Mihrab Nabawi) - Madain Project (en)

Di mihrab inilah Nabi Muhammad SAW menggunakannya untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat Baginda. Kisah di sebalik mihrab ini juga berkait rapat dengan Saidina Umar Ibn al-Khattab ketika ditikam oleh Abu lu’lu’ah al-Majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.

Baca juga : 

Persiapan Fizikal Seperti ‘Uwais al-Qorni’ Untuk Ibadah Haji

‘Recap’ Urutan Haji Awal Sampai Habis 

Buat Kenduri Sebelum Berangkat Punca Jemaah Haji Letih

Checklist Barang Keperluan Haji, Barang ‘Last’ Sekali Jangan Lupa!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *