Beginilah dilema untuk orang yang baru mula nak berjinak-jinak untuk mengamalkan Minyak Zaitun. Nak menahan rasa ‘pahit dan ‘pedas’ sedikit. Jadi, ramai juga yang terus keluarkan spekulasi dan tanggapan ‘Minyak Zaitun Yang Rasa Pahit Adalah Minyak Zaitun LAMPANTE‘. Sedap jaa terus keluarkan pernyataan sebegitu dan mengelirukan orang ramai. Jadi, banyak la percanggahan yang berlaku seperti mengatakan bahawa Minyak Zaitun yang berasa pahit sebegitu adalah tidak asli dan ‘claim’ Minyak Zaitun mereka ada asli kerana berasa ala-ala ‘fruity’ yang tidak berasa pahit.
Namun, kita sebagai pengguna ataupun baru nak mencuba mengamalkan Minyak Zaitun ini, janganlah mudah terpedaya dengan kenyataan yang kita dengar ataupun terlihat. Sudah semestinya kita akan tertanya-tanya apakah tanda minyak zaitun yang dijual itu minyak yang berkualiti dan terbaik?
Sebab Minyak Zaitun Pahit
Pertama sekali, kita kena faham bahawa yang membuat rasa pahit dan kelat dan pahit dalam minyak zaitun itu disebabkan oleh kandungan minyak zaitun yang mempunyai dua sebatian hydroxytyrosol dan oleuropein. Kedua-dua sebatian ini adalah dalam kumpulan polyphenol iaitu sebatian antioksida yang ada dalam sayur-sayuran dan buah-buahan. Cuma hydroxytyrosol dan oleuropein sangat banyak terdapat pada daun dan buah zaitun. Oleh itu minyak zaitun adalah minyak yang mempunyai sebatian antioksida yang tinggi.
Kita makan ubat pun pahit kan ? Tapi pernah kah kita cakap ianya ‘ubat palsu’ sebab rasanya yang tidak sedap. Semakin pahit minyak itu dikatakan lebih asli. Orang yang biasa mengambil minyak zaitun dalam makanan akan rasa seronok dengan rasa pahit dan kelat minyak ini seperti orang yang suka minum kopi, sukakan rasa pahit dan kelat kopi. Jangan jadikan alasan tidak mahu mengambil minyak zaitun yang pahit kerana kita boleh ambil bersama air kosong dan diselit juga dengan pengambilan madu.
BACA JUGA : FAKTA Minyak Zaitun Asli, Jangan Mudah Tertipu !
BACA JUGA : Minyak Zaitun Mesra Alam: Diiktiraf ‘Carbon Neutral’ Oleh VINCOTTE
BACA JUGA : Gabungan Duo Baharu Menjanjikan Perubahan Kesihatan Anda
Jadi, kenapa pula ada minyak zaitun yang kurang rasa pahit dan kelat ? Kalau nak tahu, minyak zaitun yang kurang rasa pahit dan kelat biasanya telah diproses (ditapis dan dimasukkan bahan peluntur). Ada minyak zaitun yang dicampur dengan minyak sayuran yang lain (seperti minyak canola) untuk menjadikan harganya lebih murah.
Jika kita ingin mencari minyak zaitun, cari atau pilihlah Extra Virgin Olive Oil kerana ia memiliki kualiti yang terbaik. Ciri-ciri khas yang ada pada Minyak Zaitun Extra Virgin adalah rasa yang ‘pahit’ dan sedikit ‘pedas’. Rasa pahit ini membuktikan bahawa minyak zaitun tersebut mempunyai kandungan OLEUROPEIN dan OLEOCHANTAL yang sangat tinggi dalam minyak zaitun tersebut. Untuk pengetahuan semua Oleuropein berfungsi menurunkan tekanan darah dalam tubuh badan kita. Kita kena ingat macam ini, semakin pahit rasa minyak zaitun tersebut, semakin baik dan kualiti lah minyak zaitun tersebut. Walaupun ianya pahit dan buat pemula agak sukar untuk menelan minyak zaitun tersebut. ‘Pahit Itukan Ubat’…
Sekadar renungan, jika minyak zaitun itu tidak mempunyai rasa yang ‘pahit’ adakah kandungan antioksidanya masih ada di dalam minyak zaitun tersebut? Ia amat membimbangkan apabila minyak zaitun yang berwarna lebih cerah dan tiada rasa pahit telah mengalami proses pemprosesan (penapisan menggunakan bahan kimia) yang menghilangkan kandungan antioksidan di dalamnya. Hakikatnya memang ada minyak zaitun sebegitu tetapi ianya hanya sesuai untuk menggoreng dan impak kepada kesihatan tubuh badan amatlah sedikit.
Akhirnya, jangan cepat terpedaya dengan ayat-ayat pemasaran yang digunakan kerana ianya hanya untuk menarik ke arah jualan mereka saja bukannya untuk memberikan kesihatan yang baik kepada kita. Banyak pengeluar minyak zaitun yang ada di pasaran dan pilihlah produk yang mendapat pengiktirafan produk yang organik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
#Beliyangorimakanyangkualiti #Realisasigayahidupaafiyat
BACA JUGA : Mudah Rasa Letih, Mata Kuning, Perut Buncit… Awas ! Ia Mungkin Hati Berlemak
BACA JUGA : EKZEMA Sangat Menyeksakan !
BACA JUGA : Jangan Terkejut ! Hanya Dengan Vitamin E Kulit Anda Cantik Sekelip Mata