Hari Arafah
Hari Arafah adalah hari yang sangat istimewa buat umat Islam di seluruh dunia. Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun dan ketika ini Kota Mekah sedang padat dengan bakal-bakal haji yang bakal berhimpun di Padang Arafah bagi melakukan ibadah wukuf. Hari Arafah dikenali sebagai masa berdoa paling mustajab kerana pada ketika itulah Nabi Muhammad SAW mengambil masa yang sangat lama untuk berdoa.
Di Malaysia, ramai yang mengambil kesempatan pada hari ini untuk berpuasa untuk merebut ganjaran puasa pada hari tersebut di mana fadilatnya dapat menghapuskan dosa setahun sebelum dan selepas.
Berpuasa pada Hari Arafah hukumnya sunat bagi mereka yang tidak mengerjakan Haji. Ia juga adalah peluang keemasan bagi membersihkan diri daripada dosa yang telah dilakukan. Pada hari Arafah, pintu langit terbuka luas, malah dosa-dosa juga diampuni.
Keistimewaan Hari Arafah
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Hari Arafah mempunyai pelbagai kelebihan antaranya:
1. Hari Arafah adalah rukun daripada haji.
Daripada Abdulrahman bin Ya’mur, bahawa Nabi SAW bersabda:
الحَجُّ عَرَفَةُ
Maksudnya: ‘Haji adalah Arafah.’ [Riwayat al-Tirmizi (814)]
2. Hari Arafah adalah hari di mana agama ini telah sempurna.
Daripada Umar bin al-Khattab RA bahawa seorang lelaki telah bertanya kepadanya:
يَا أَمِيرَ المُؤْمِنِينَ، آيَةٌ فِي كِتَابِكُمْ تَقْرَءُونَهَا، لَوْ عَلَيْنَا مَعْشَرَ اليَهُودِ نَزَلَتْ، لاَتَّخَذْنَا ذَلِكَ اليَوْمَ عِيدًا. قَالَ: أَيُّ آيَةٍ؟ قَالَ: “اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا” [المائدة: 3] قَالَ عُمَرُ: قَدْ عَرَفْنَا ذَلِكَ اليَوْمَ، وَالمَكَانَ الَّذِي نَزَلَتْ فِيهِ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ قَائِمٌ بِعَرَفَةَ يَوْمَ جُمُعَةٍ
Maksudnya: “Wahai Amir al-Mukminin, satu ayat di dalam kitab kamu (al-Quran) yang kamu membacanya. Jika ia ke atas kami sekalian bangsa Yahudi maka kami akan mengambil hari tersebut sebagai perayaan. Umar bertanya: Apakah ayat itu? Dia berkata: “Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu”. Umar berkata: Kami telah ketahui hari tersebut dan tempat turun ayat tersebut ke atas Nabi SAW ketika baginda SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat”. [Riwayat al-Bukhari (43) dan Muslim (5334)]
3. Hari Arafah adalah hari raya buat umat Islam
Daripada Uqbah bin Amir RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
يَوْمُ عَرَفَةَ، وَيَوْمُ النَّحْرِ، وَأَيَّامُ التَّشْرِيقِ عِيدُنَا أَهْلَ الْإِسْلَامِ، وَهِيَ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ
Maksudnya: “Hari Arafah, hari Korban serta hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah) adalah hari raya kita orang Islam dan ia adalah hari makan dan minum”. [Riwayat Abu Daud (20660), Tirmizi (704) dan al-Nasa’ie (2954)]
BACA JUGA : Kenali 6 Tiang Raudhah Masjid Nabawi
BACA JUGA : Jemaah Haji Harus Waspada Dengan Penyakit-Penyakit Ini !
BACA JUGA : Istilah Penting Berkaitan Perjalanan Haji Yang Perlu Tahu!
4. Hari Arafah adalah hari penyaksian
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
اليَوْمُ المَوْعُودُ يَوْمُ القِيَامَةِ، وَاليَوْمُ المَشْهُودُ يَوْمُ عَرَفَةَ، وَالشَّاهِدُ يَوْمُ الجُمُعَةِ
Maksudnya: “Hari yang dijanjikan adalah hari Kiamat, hari Mayshud adalah hari Arafah serta al-Syahid adalah hari Jumaat”. [Riwayat al-Tirmizi (3262)]
5. Kebesaran berdoa di hari Arafah
Daripada Abdullah bin ‘Amr, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: “Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah”. [Riwayat al-Tirmizi (3509)]
6. Puasa hari Arafah hapus dosa setahun sebelum dan selepas
Daripada Abi Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
7. Hari keampunan dan pelepasan daripada api neraka
Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ، مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ
Maksudnya: ‘Tidak ada satu hari yang lebih banyak dibebaskan hamba-Nya daripada api neraka melainkan pada hari Arafah.’ [Riwayat Muslim (2402)]
Amalan-amalan yang boleh dilakukan
Antara amalan yang boleh dilakukan pada Hari Arafah adalah:
1-Menggandakan amal ibadah
2-Memperbanyakkan sedekah
3-Melipatgandakan zikir
4-Memperbanyakkan istighfar
5-Berusaha menggandakan doa
Ia merupakan waktu berdoa yang paling mustajab dan yang paling dekat untuk dimakbulkan. Manfaatkan waktu ini sebaiknya dengan berdoa dan meminta kepada ALLAH keampunan. Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadah haji, ambil peluang dan kelebihan hari wukuf di Arafah ini untuk berdoa di tempat masing-masing tanpa menghadkan tempoh berdoa kepada jam atau masa yang tertentu.
6-Berpuasa sunat hari Arafah
Puasa Hari Arafah sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW kerana padanya terdapat fadilat yang besar.
Daripada Abu Qatadah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda, Apabila ditanya tentang puasa pada hari Arafah:
‘Puasa pada hari tersebut (Hari Arafah) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.’
Jangan lupa untuk mengambil Minyak Zaitun ketika bersahur untuk memberikan tenaga kepada kita dan ambil juga Tocotrienol Softgel untuk membantu menguatkan sendi-sendi kita untuk melakukan ibadah.
BACA JUGA : Pahitnya Minyak Zaitun Ini… Tak Boleh Telan La !
BACA JUGA : Gabungan Duo Baharu Menjanjikan Perubahan Kesihatan Anda
BACA JUGA : Hanya Dengan Vitamin E, Kulit Anda Cantik Sekelip Mata
Kesimpulannya, hari Arafah adalah satu hari yang istimewa sebagaimana bulan Zulhijjah juga sebagaimana yang kami nyatakan sebelum daripada ini akan kelebihan bulan Zulhijjah. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah merebut peluang dan kesempatan ini agar kita tidak termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi. Akhirnya, semoga Allah SWT memberi kita taufik dan hidayah dalam melaksanakan setiap amalan yang dilakukan.